Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain September 12, 2023 @ 4:50pm

Serene Claire Dedah Trauma Dicabul Youtuber, Niat Baik Pertahankan Maruah Undang Layanan Buruk

Pelakon Serene Claire tampil mendedahkan dirinya pernah dicabul oleh seorang Youtuber sehingga menyebabkan namanya digugurkan daripada sebuah projek.

Serene memaklumkan YouTuber tersebut telah memegang buah dadanya dengan sengaja menerusi sebuah perkongsian di media sosialnya, pada tahun lalu.

Menurut Serene, dia hanya ingin mempertahankan maruahnya sebagai wanita dan tidak sangka pendedahan itu menyebabkan dirinya menerima layanan buruk daripada sesetengah pihak.

“Alasan diberikan saya memiliki reputasi buruk. Jadi, mereka membatalkan kerjasama kerana bimbang memberikan implikasi negatif pada produk.

“Saya terkejut kerana masih ada sikap diskriminasi, sedangkan saya bersuara mempertahankan hak yang dicabul.

“Selain itu, ada juga pihak menuduh saya sengaja memuat naik luahan dalam laman sosial kerana inginkan perhatian.

“Saya buntu dan tak tahu apa yang harus dilakukan. Tujuan saya buat pendedahan supaya wanita lain berhati-hati, lagipun saya tak sebut nama individu berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon yang membintangi drama bersiri Gadis Muzikal itu juga mendedahkan bahawa terdapat beberapa rakan pempengaruh yang pernah mengalami nasib yang sama.

“Saya pelik kenapa wanita sahaja dipersalahkan, kononnya sering berpakaian seksi.

“Saya trauma sehingga terpaksa berdiam diri selama beberapa bulan. Ramai rakan media mencari, tetapi saya pilih berdiam diri kerana bimbang diserang,” jelasnya.

Perkara itu telah didedahkan oleh Naib Juara Miss Universe 2020 itu ketika ditemui di sidang media drama bersiri Gadis Muzikal, Jumaat lalu.

Dalam perkembangan lain, Serene tampil berkongsi penglibatannya  untuk membintangi drama bersiri Melayu itu buat pertama kali.

Tambah Serene, pada awalnya dia berasa amat gementar kerana kurang fasih berbahasa Melayu namun dibantu oleh rakan-rakan gandingan, pengarah dan penerbit.

Selain Serene, drama terbitan Fadzil Teh itu turut dibintangi oleh Khodi, Fiza Thomas, Tika Nasir dan Aisha Retno.

Orang ramai boleh menonton drama Gadis Muzikal di slot Lestary, setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9 malam di TV3 atau strim secara eksklusif di www.tonton.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 27 Apr 2022
Hiburan Tue, 30 Jan 2018

Nikah Diam-Diam? Mana Ada, Saya Masih Single

Ayda Jebat mengaku dia masih single dan masih belum dimiliki sesiapa. Habis pertunangan atau perkahwinan siapakah yang diadakan tu?

Featured Fri, 21 Jul 2023
Hiburan Wed, 11 Sep 2019
Hiburan Sat, 2 Mar 2024
Acara Fri, 3 Feb 2023

Erna Elliyana & Shuib Sepahtu Anjur Kamya Fest, Tampilkan 20 Selebriti Popular

Barisan selebriti popular seperti Nabila Huda, Dolla, Eja, Ayie Floor 88, Wak Doyok, Nana Mahazan, Dolla, Mimi Ernida, Shasha Abdul Aziz, Azfar Heri, Bella Astillah, Ameerais Forteen, Raja Afiq, Afzan, Ayu Damit, Naim Shamsol dan […]

Hiburan Mon, 11 Sep 2023
Featured Mon, 17 Nov 2025

Riena Diana Mengaku Tak Selamat Miliki Kulit Putih – “Make Up Tak Boleh Beria Nanti Nampak Macam Pond*n”

Kata Riena, warna kulitnya kadang-kala menjadi cabaran untuknya terutama ketika mengenakan solekan.

error: Content is protected !!