Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 29, 2025 @ 2:27pm

NONA & TV3 Sambut Ulang Tahun Ke-41 Dalam Suasana Penuh Warna di Cake Piknik!

Program ikonik TV3, NONA, menyambut ulang tahunnya yang ke-41 dalam sebuah acara istimewa penuh warna dan inspirasi menerusi episod khas ‘NONA 41’ .

Bertemakan alam semula jadi dan sentuhan feminin, acara gilang-gemilang ini berlangsung di Villa Rimba Flora, Sungai Buloh, hasil kolaborasi NONA bersama Cake Piknik .

Acara ini juga turut menghimpunkan selebriti, pengusaha bakeri, peminat setia, serta pengusaha wanita kreatif dalam satu pertemuan yang diraikan penuh mesra.

Sebagai pengacara NONA, Amyra Rosli, akan menjadi hos acara dengan penuh karisma, dikelilingi deretan kek bertemakan rancangan-rancangan ikonik TV3 seperti Bersamamu, Drama Sangat, dan NONA sendiri.

Setiap tetamu hadir membawa kek ciptaan tersendiri  sekaligus menjadikan sambutan ini bukan sekadar majlis ulang tahun, malah simbol solidariti, semangat dan kreativiti wanita Malaysia.

Pada majlis ini juga, penyanyi popular, Nabila Razali akan membuka tirai dengan persembahan bertenaga, sebelum acara diteruskan dengan sesi agihan kek yang dibahagikan kepada tiga kumpulan bagi memberi ruang kepada para tetamu menikmati hasil ciptaan sambil berkenalan dan berkongsi cerita.

Acara kemudian menjadi lebih mendalam melalui sesi ‘Dramatic Success’, menampilkan dua ikon kulinari: Chef Kecik dan Nor Arieni Adriena dari Gula Cakery, yang berkongsi kisah jatuh bangun mereka dalam dunia perniagaan bakeri.

Sesi ‘Air Tangan’ pula menonjolkan kreativiti baker selebriti Jessica Ting (@missshortcakes) yang menghias kek Mille Feuille berbentuk angka 41,  simbol ulang tahun TV3 dan perjalanan lebih empat dekad penuh warna.

Acara mencapai kemuncaknya dengan penyampaian Most Dramatic Cake Award kepada Sangeetha A/P Arivalakan yang memukau juri dengan rekaan kek yang menampilkan semangat ulang tahun, elemen kebangsaan, serta sentuhan ikonik rancangan-rancangan TV3.

Ruang acara turut dimeriahkan dengan aktiviti vendor dan cabutan bertuah yang menjadikan Cake Piknik x NONA 41 bukan sekadar sambutan, tetapi satu pentas penghargaan buat bakat dan komuniti kreatif wanita tanah air.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 19 Apr 2018

Kini Hafiz Suip Ubah Penampilan Diri!

Namun, kemunculan penyanyi yang berasal dari Sarawak ini mencuri perhatian netizen apabila tampil dengan imej berserban dan berjubah.

Hiburan Sat, 13 Dec 2025

“Apa Pun Berlaku, Dia Tetap Ibu Saya” – Anna Jobling Pilih Berdamai

Anna Joblinh dan ibunya dilihat berpelukan di karpet merah ABPBH37

#tilljannah Fri, 13 Jan 2023
Trending Thu, 5 Nov 2020
Hiburan Fri, 19 Sep 2025
Hiburan Sun, 10 May 2026

Momen Seth Uwais Pegang Kad ‘I Love You Mama’ Buat Shila Amzah Sebak Atas Pentas Konsert

Suasana dewan mula bertukar syahdu apabila anak sulung Shila Amzah, Seth Uwais berdiri sambil memegang papan tanda bertulis ‘I Love You Mama’.

Hiburan Mon, 27 Oct 2025

Oki Setiana Dewi Dedah Tolak ‘Job’ Bayaran Tinggi Dari Jenama Disenarai Boikot

Oki Setiana Dewi tetap teguh dengan pendiriannya menyokong perjuangan rakyat Palestin

Hiburan Wed, 17 Oct 2018

” Tahniah! What A Fantastic Occasion” – Ucapan Bekas Suami Buat Fasha Sandha Undang Kontroversi

Nak tahu apa status hubungan terkini Fasha Sandha? Klik artikel untuk berita selanjutnya

Hiburan Tue, 28 Oct 2025

“Semua Yang Kita Lakukan Tergantung Kepada Nawaitu” – Nur Fazura

Fazura nasihat pengikut setiap perbuatan tergantung kepada nawaitu, Allah lihat hasil

error: Content is protected !!