“Saya Anggap Ini Ujian Allah” – PU Rizz Redha Positif COVID-19

Pendakwah bebas yang mula meniti populariti menerusi rancangan TV3, Pencetus Ummah Musim Keempat iaitu PU Rizz atau nama sebenarnya Muhammad Haris bin Mohd Ismail dilaporkan sah positif COVID-19.

Perkara tersebut diberitahu oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) iaitu PU Riz dikatakan mengalami simptom demam panas sejak 3 hari lalu.

Hanya Duduk Rumah

Menurut laporan Harian Metro hari ini, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan beliau hanya duduk di rumah dan akan keluar untuk membeli barang keperluan.

“Sepanjang PKP, kalau keluar rumah pun pergi barang keperluan saja. Cuma, rumah saya betul-betul berada di hadapan Masjid Jamek Seri Petaling. Saya juga kerap sembahyang di situ sebelum masjid itu ditutup akibat wabak ini,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau mengharapkan doa daripada semua warga Malaysia agar kesemua pesakit yang disahkan positif segera pulih dan bebas daripada wabak ini.

Sekali lagi diingatkan buat semua golongan supaya tidak berdegil dan patuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan dan setiap individu wajib dan peka untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti memakai topeng muka dan hand sanitizer sekiranya berada di tempat awam sebagai langkah pencegahan daripada merebaknya wabak Koronavirus.

Untuk maklumat berkaitan dan info terkini tentang COVID-19, korang boleh lihat di TV3 dan laman Youtube Buletin Utama okay?

 

Syafiqa Irdina