Categories: Trending

Semakin Berisi, Kak Lina Pom Pom Kini Hamil?

Baru sahaja mendirikan rumatangga pada awal Januari lalu, pelakon dan penyanyi popular Elly Mazlein sering dihujani dengan pelbagai pertanyaan sama ada dirinya sudah hamil ataupun belum.

Dilihat semakin berisi selepas berumahtangga, tidak hairanlah persoalan ini menjadi tanda tanya semua orang kan? Lebih-lebih lagi bila lihat Elly atau mesra disapa sebagai Kak Lina semakin berbahagia di samping anak dan suaminya yang digelar sebagai papa Awan Nano.

Walau bagaimanapun menerusi sebuah video yang dimuatnaik oleh Kak Lina di Youtube, faktor tubuh badannya semakin berisi ketika ini adalah kerana sedang berbahagia menjalani alam rumahtangga yang baharu sahaja dibina.

Menurut Kak Lina, dia bersedia berkongsi berita gembira ini apabila tiba waktunya nanti.

“Buat masa sekarang, badan saya naik sebab saya sangat bahagia dengan suami, anak dan keluarga.

“Insya-Allah, kalau betul saya mengandung, jangan risau saya akan beritahu semua khabar berita gembira ini,” 

Menerusi video itu juga, Kak Lina ada juga bertanyakan kepada suaminya Mohammad Azlan Che Noh mengenai perkara ini. Kata Azlan, biarlah perkara itu menjadi rahsia terlebih dahulu.

Pelakon drama Kampung People ini juga sempat berseloroh mengatakan dirinya tidak sabar untuk menimang cahaya mata baru.

Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk Kak Lina okay?

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover