Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 27, 2022 @ 9:01pm

“Saya Mohon Siti Nurhaliza Tegur Peminat, Mereka Sangat Rasa ‘Entitled’” – Raja Nazrin Shah SOG

Heboh di ruangan media sosial Twitter mengenai kenyataan yang keluar daripada vokalis Sekumpulan Orang Gila (SOG), Raja Nazrin Shah memohon penyanyi tersohor negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza untuk menegur tingkah laku peminatnya.

Menurut kumpulan yang baru memenangi Anugerah Juara Lagu ke-36 itu, sikap peminat ‘kipas susah mati’ Siti Zoners dikatakan telah mencemarkan imej penyanyi terkemuka itu.

“Kita selalu nampak di Twittter, Siti Zoners secara aktifnya merasa mereka sangat entitled (paling berhak).

“Perkara ini sangat tak sihat kerana Siti Nurhaliza sendiri seorang yang sangat merendah diri,” katanya.

Kontroversi yang melanda Raja Nazrin dipercayai bermula setelah dia meluahkan ketidakpuasan hatinya mengenai beberapa penyanyi Malaysia yang muncul di papan iklan digital Times Square, New York.

Berdasarkan ciapan yang dimuat naik olehnya, Raja Nazrin menyelar pihak syarikat rakaman dan media yang dikatakan hanya memikirkan soal wang.

Disebabkan ciapannya itu, ramai peminat-peminat penyanyi yang telah muncul di papan iklan digital itu meluahkan rasa marah dan tidak puas hati sehingga menggelarkannya seorang ‘bitter’.

Raja Nazrin bagaimanapun menjelaskan pendapatnya itu telah disalah ertikan oleh sesetengah pihak.

“Perkara ini sangat kelakar. Tiada isu pun sebenarnya. Saya cuma balas ciapan seorang komposer dan penerbit lagu iaitu JD Wong dan Aubrey Suweto.

“Saya cuma balas emoji ketawa pada ciapan mereka. Maksud emoji itu tanda setuju kepada kenyataan yang dibuat JD.

“JD mempersoalkan dalam banyak-banyak penyanyi yang muncul di papan iklan itu, siapa sahaja yang pernah membuat persembahan di New York.

Ciapan ditulis oleh JD Wong telah mempersoalkan dalam barisan penyanyi yang ditampilkan di papan iklan itu, siapa yang pernah membuat persembahan di kota terkemuka itu.

Difahamkan, ciapan yang dimuat naik oleh Raja Nazrin hanya untuk menyelar pihak syarikat rakaman dan sebuah platform digital penstriman muzik.

“Kenyataan itu juga ditujukan kepada syarikat rakaman dan media (spotify) yang mengangkat artis berkenaan sehingga muncul di papan iklan, bukannya kepada artis itu sendiri.

“Kerana artis itu sendiri pun tak tahu yang mereka bakal muncul di papan iklan. Maksud saya disini pihak label dan media perlu tahu tentang muzik.

“Contohnya di antara ketujuh-tujuh penyanyi itu, siapa yang betul-betul mengharumkan nama Malaysia? Kalau tanya saya hanya ada dua orang iaitu Yuna dan Datuk Sri Siti Nurhaliza.

“Tetapi yang lain itu, adakah kita boleh rasa bangga menjadi rakyat Malaysia dengan pencapaian mereka?

“Saya tidak salahkan artis, kerana mereka masih berusaha. Saya tak boleh cakap saya yang nak tampil di papan iklan itu, kerana benda itu hanya untuk artis perempuan sahaja,”

“Yang terasa hanyalah Siti Zoners sahaja,” katanya.

Tambahnya lagi, jika diberikan peluang untuk bertemu sendiri dengan Siti Nurhaliza, dia ingin meminta supaya pelantun lagi Lip Lap Raya itu menegur sikap segelintir daripada jutaan peminatnya supaya menjaga sikap dan tidak membuat kecoh.

Sumber: Getaran.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 10 Dec 2021

“Bahasa Melayu Kami Tak Bagus Sangat, Tapi… ” – Buat Lagu 3 Versi Bahasa, MFMF. Intai Pasaran Antarabangsa

Trio komposer dan penerbit muzik berbakat, MFMF. yang mengukir populariti menerusi lagu Peluang Kedua mengakui penguasaan bahasa Melayu mereka semakin baik. Dianggotai oleh Brendan Lim, Justin Seow dan Zen, mereka banyak belajar dengan penyanyi Hael […]

Featured Thu, 26 May 2022
Hiburan Sat, 13 Sep 2025

Khairul Aming Kongsi Detik Cemas Naik Pesawat, Perjalanan Ke Kota Bharu Jadi 4 Jam – “Susah Nak Mendarat Musim Hujan Ribut”

Terpaksa detour ke Penang, Khairul Aming kongsi pengalaman cemas pesawat sukar mendarat

Hiburan Fri, 28 Jun 2019

Bakal Bertunang, Kali Ini Joy Revfa Pilih Pelakon

Dah ‘terjodoh’, nak buat macam mana.

Featured Tue, 17 Jun 2025

[VIDEO] Fahrin Ahmad Sebak, Terkilan Tak Dapat Peluk Arwah Bapa Buat Kali Terakhir – “Tunjuklah Kasih Sayang! Ambil Gambar Banyak-Banyak & Peluk Mereka”

Fahrin Ahmad gagal menahan sebak apabila berkongsi pengalamannya ketika menerima berita pemergian ayahanda tercinta pada 23 Mei lalu.

Featured Wed, 24 May 2023
Hiburan Tue, 31 Jul 2018

超过20组本地歌手零唱酬参与!爱国演唱会830引爆

《我爱马来西亚,同乐同庆演唱会2018》国庆倒数爱国演唱会将于8月30日在吉隆坡独立广场引爆!演唱会免费入场,且邀来了本地超过20组的三大民族歌手,众歌手皆零唱酬支持这场活动。

Featured Fri, 13 Mar 2020
error: Content is protected !!