‘Saya Panik’- Eizlan Yusof

“Saya sangat panik bila dapat tahu Zareef kemalangan,” kata pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof selepas anaknya, Zareef, 9 terbabit kemalangan di Sabak Bernam, awal hari ini.

Eizlan ketika dihubungi Xtra, berkata dia mendapat tahu mengenai insiden itu sekitar jam 10 pagi tadi selepas melihat WhatsApp dihantar kawannya.

“Tapi sebelum itu saya dah dapat panggilan telefon beberapa kali pada jam 8.30 pagi tapi tidak perasan sebab telefon bimbit dalam mod senyap.

“Waktu tu saya sedang sibuk dengan urusan di pejabat,” katanya baru saja tiba di set penggambaran Mok Cun untuk bertemu anaknya.

Dalam kejadian pagi tadi, anaknya menaiki Toyota Vios dipandu ibu saudara Zareef menuju ke set penggambaran drama Mak Cun musim kelima di Sabak Bernam.

“Syukur Alhamdulillah, yang penting Zareef tidak cedera dan dalam keadaan selamat,” katanya.

Oleh: Endy Ashari

SGMS Enal