Hiburan By: Salma Syahbuddin July 20, 2023 @ 6:00pm

“Saya Tak Ada Niat Maafkan Si Pelaku!” – Farahdhiya Buat Laporan Polis, Anggap Tindakan Individu Edit Foto Arwah Bapa Sebagai Biadap

Penyanyi dan pelakon Farahdhiya akhirnya membuat laporan polis hari ini selepas ada invidu berani menyunting foto arwah bapanya, Mohd Amin Zubir di atas kubur.

Menerusi perkongsian di Instagram, Farahdhiya yang ditemani penerbit dan pelakon, Datuk A.Aida memaklumkan, laporan tersebut dibuat kerana dia ingin mencari individu terbabit.

“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan terimalah padahnya. Alhamdulillah selesai buat report dibalai, semoga dipermudahkan urusanku,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by farahdhiya_fd (@farahdhiya_fd)

 

Katanya, dia tidak akan memaafkan perbuatan individu tersebut kerana tindakan menyunting foto arwah bapanya itu sanagt melampau dan biadap.

“Buat masa ini saya memang tak ada niat untuk maafkan si pelaku. Saya berharap untuk tahu siapakah individu itu dan mendakwanya.

“Lagipun kelakuan seperti ini sangat tidak boleh diterima dan sangat kurang ajar,”jelasnya.

Sekadar info, bapa aktres berkenaan menghembuskan nafas terakhir pada 9 Januari 2020 akibat masalah Sekatan Pulmonari Kronik  (COPD) iaitu penyakit paru-paru yang mempengaruhi pernafasannya akibat tabiat merokok.

 

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Thu, 13 Dec 2018

Masih Teringat EX? Kami Kongsikan Lima Tips Move On!

Ada juga yang tidak dapat menerima ketentuan dan mengambil cara singkat dengan membunuh diri bila putus cinta

Featured Fri, 22 Feb 2019
Featured Thu, 8 Sep 2022
Hiburan Wed, 11 May 2022
Trending Tue, 27 Jun 2023
Trending Tue, 2 Jun 2020

[TERKINI] DBKL Beku Lesen Minuman Keras

Harap tindakan ini dapat beri keadilan kepada mangsa yang terlibat

Hiburan Wed, 21 Aug 2019

‘Memang Rapat Tapi…’- Betul Ke Melissa, Jaa Suzuran Serius Bercinta?

Kemesraan Melissa dan Jaa menjadi bualan warganet apabila mereka saling memuat naik foto mesra sejak penghujung Julai lalu.