Hiburan By: SGMS Enal April 4, 2019 @ 1:04am

‘Saya Tak Boleh Tutup Mulut Orang’- Hashmitha Selvam Jawab Dakwaan Gemar Reka Gimik

Penyanyi Hashmitha Selvam menolak dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dia sengaja mencipta gimik untuk melariskan single terbarunya, Takkan Kembali.

Hashmitha berkata, dia tidak boleh menutup mulut orang kerana masing-masing berhak memberi pendapat.

“Apa boleh saya katakan yang berlaku ketika proses rakaman muzik video hingga ke hari ini bukan rekaan atau gimik, sebaliknya ia terjadi tanpa diduga.

“Saya sendiri tidak boleh menutup mulut orang apabila mereka menuduh perkara ini gimik semata-mata kerana semua orang ada pendapat tersendiri.

“Saya hanya biarkan tanggapan orang dan membiarkan mereka menilai sendiri,” katanya.

Terdahulu penyanyi itu mengakui wujud gangguan misteri ketika proses rakaman, penggambaran dan suntingan muzik video (MV) lagu Takkan Kembali hingga seorang kru dimasukkan ke hospital sehari selepas penggambaran di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 26 Shah Alam.

Malah Selasa lalu ketika Hashmitha ditemubual pengacara dalam program MeleTOP turut berlaku kejadian mistik apabila ada lintasan secara tiba-tiba di kaca kamera hingga mengundang rasa pelik pihak produksi dan peminat.

Menurut Hashmitha, insiden pelik yang berlaku membuatkan dia sukar tidur malam hingga mengganggu kesihatan dirinya.

“Saya tidak boleh tidur malam sejak insiden yang berlaku dalam program MeleTOP baru-baru ini.

“Malah sebelum ini saya juga demam dan batuk hingga sukar menyanyi,” katanya.

Dalam pada itu, Hashmitha turut gembira apabila single terbaharunya itu mendapat reaksi positif pendengar.

“Di sebalik apa yang berlaku saya juga terharu apabila menerima komen baik daripada pencipta muzik.

“Rata-rata mengalu-alukan kehadiran penyanyi berbangsa India untuk menyanyikan lagu berbahasa Melayu.

“Saya berharap single ini menjadi platform terbaik untuk mengembangkan bakat sebagai penyanyi baru,” katanya.- Harian Metro.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 1 Apr 2019

Selepas Setahun ‘Bercuti’, Naim Daniel Sambung Belajar

Doakan agar Naim berjaya menghabiskan pengajian tepat pada masa!

Hiburan Tue, 16 Jul 2019

Nama Belum Dikenali, Muna Shahirah Tak Mahu Mengalah!

Saya percaya, Allah menguji saya terlebih dahulu sebelum kerjaya saya berjalan lancar…

Hiburan Tue, 14 Nov 2023
Hiburan Fri, 6 Apr 2018

Kenapa Yuna Berpisah Dengan Suami?

Dalam satu kiriman yang dikongsi suami Yuna, Adam meluahkan rasa rindu yang mendalam terhadap isterinya. Gambar yang dikongsi Adam menunjukkan kemesraan mereka beserta caption yang romantis. So sweet!

Featured Sun, 14 May 2023
Events Wed, 9 Oct 2019

Kenapa Akim Ahmad Sakit Hati Ni?

Wow! Netizen pun, nak tuduh tu biar lah berlapik okay