Pelakon Azhar Sulaiman tampil meluahkan kebimbangannya di media sosial berkait kontroversi yang melibatkan anaknya, Kasih Iris Leona.
Azhar, 51, menerusi hantaran di Facebook miliknya berkata, dia berasa risau jika Leona ini jenis yang ‘bodoh’ setiap hari.
“Ada orang, ada hari ‘bodoh’ dia. Sekarang, saya risau kalau anak saya, Leona ini, jenis yang ‘bodoh’ setiap hari,” tulisnya.
Manakala, berdasarkan pemerhatian XTRA di platform media sosial milik Leona, gadis berusia 21 tahun itu tampil mempertahankan tindakannya sebelum ini yang sering mengenakan pakaian mencolok mata.
“Apa saya pakai, tak beri kesan kepada sesiapa. Ini badan saya, ini pilihan saya, ini masalah saya dan tak ada kaitan dengan anda semua!
“Kalau anda tak suka apa yang anda lihat, jangan lihat! Sekat sahaja saya.
“Saya betul-betul tak ambil peduli apa pendapat anda mengenai badan saya. Jadi berhenti tinggalkan komen bodoh anda,” ciapnya.
Terdahulu, Leona mengejutkan ramai pihak apabila tular sepotong video pendek berdurasi 37 saat menunjukkan dirinya memakai bikini putih ketika menghabiskan masa bersama rakannya di kota London.
Anna jelaskan Sarah Yasmine adalah kenalannya
Try hard betul Ruhainies ni ek. Orang taknak janganlah paksa🤧
Lagu Raya Mana Nabila Razali ni pun best kan?
Betul apa yang dikongsikan Aisyah... Moga apa yang berlaku menjadi pengajaran kepada semua🫣🤣