Categories: SelebritiTrending

Amir Ahnaf Dituduh Sombong? Netizen Tampil ‘Back Up’ – “Dia Pun Manusia Juga”

Pelakon Amir Ahnaf mula dilabel sombong selepas tular seorang pengguna TikTok meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat bergambar dengan aktor tersebut, beberapa hari lalu.

Dalam perkongsian yang tular itu, individu tersebut menyatakan pada awalnya dia bersama rakannya begitu teruja apabila pelakon itu membuat penampilan di sebuah program realiti stesen televisyen berbayar, Ahad lalu.

Namun, individu tersebut terkejut dengan tindakan Amir yang dikatakan sengaja tidak mengendahkan kehadiran mereka yang menunggunya untuk bergambar.

Dalam pada itu, pemilik akaun tersebut turut menyatakan dia sudah mencuba beberapa kali untuk melunaskan impian rakannya untuk bergambar dengan pelakon itu, namun tetap tidak berhasil.

Menurut individu itu, salah seorang pengawal peribadi Amir telah meminta maaf dan tidak membenarkan mereka untuk bergambar bersamanya kerana aktor tersebut sudah kepenatan.

“Masa tu hanya ada kami bertiga sahaja dan tak ada peminat yang lain. Jadi, saya cuba minta izin pengawal itu secara baik, tapi tidak dilayan. Tapi ada seorang lagi pengawal itu minta maaf dan cakap Amir penat,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan netizen.

Malah, ada juga yang membela pelakon itu memandangkan pengawal peribadinya sudah meminta maaf.

Fatin Nurain