Hiburan By: SGMS Faida March 27, 2019 @ 9:05pm

‘Saya Tidak Pernah Ada Niat Menipu ’- Fattah Jawab Dakwaan Stokis MRP

Pelakon Fattah Amin menafikan dirinya terlibat dengan sebarang penipuan terhadap stokis syarikat MRP Sdn Bhd.

Bagi membersihkan namanya, Fattah tampil bersama peguamnya. Encik Fakhrul dari Azaine & Fakhrul Advocates & Solicitors dalam sebuah sidang media bagi membantu menyiasat dan menangani perkara ini.

“ Isu ini timbul apabila pihak stokis cuba mendapatkan wang mereka dari sistem credit MRP tetapi tidak berjaya dan sistem credit tersebut hanya boleh di akses oleh Encik Kamarul Ariff Bin Abd. Karim.

“ Sehubungan dengan isu ini, saya telah menerima pelbagai tuduhan kurang enak dikalangan pihak stokis bahawa beliau turut sama bersekongkol dengan pihak syarikat MRP dengan menipu stokis-stokis dalam sistem kredit syarikat kerana beliau merupakan salah seorang pengarah dalam syarikat tersebut.

“ Namun ramai yang tidak tahu bahawa hanya Encik Kamarul mempunyai akses dan mengawal sistem kredit dan sistem akaun syarikat secara langsung. Saya tegaskan di sini bahawa saya tidak pernah bersekongkol atau berniat menipu pihak stokis,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Fattah, dia sendiri sudah beberapa kali cuba menghubungi Encik Kamarul supaya memberi akses kepadanya untuk meneliti perjalanan wang syarikat namun gagal mendapat sebarang tindak balas.

Pada 13 Februari 2019, Encik Fakhrul telah pun menghantar notis kepada Encik Kamarul, supaya membenarkan pihak Fattah Amin untuk meneliti penyata kewangan syarikat dan menjalankan audit yang lebih terperinci.

Sehingga kini, pihak peguam Fattah masih lagi tidak menerima sebarang tindak balas dari pihak Encik Kamarul. Oleh yang demikian pihak peguam telah menyarankan Fattah untuk membuat aduan polis berkenanan isu ini.

“ Saya rasa bersalah dengan apa yang berlaku dalam kes ini kerana ia melibatkan peminat dan usahawan yang menjual produk ini,” katanya.

Aduan polis telah pun dibuat pada 8 Mac 2019 di Balai Polis Jalan Dang Wangi. Laporan polis ini dibuat untuk memberi penjelasan kepada pihak stokis MRP dan orang ramai bahawa Fattah tidak menipu ataupun bersekongkol dengan pihak syarikat MRP.

Ini merupakan usaha sendiri Fattah bagi menyelesaikan masalah yang terjadi kerana ini sedikit sebanyak mencalarkan nama baik beliau.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 7 Jan 2019

Pergh…Tiket AJL 33 Licin Dalam Masa Sejam?

Korang dah dapatkan ke belum? Kalau belum, cepat- cepat beli di www.myticket.asia tau!

Hiburan Sat, 18 Jan 2020

Elly Mazlein Akhirnya Dedah Wajah ‘Papa Awan Nano’ Di Majlis Berinai

Tak sabar nak tunggu hari pernikahan Kak Lina Pom Pom malam ni!

Hiburan Wed, 28 Feb 2024
Hiburan Thu, 21 Mar 2024
Featured Thu, 26 Jan 2023
Featured Wed, 21 Sep 2022