Hiburan By: Dhia Iwana March 21, 2024 @ 2:09pm

Ria Ramadan; Kolaborasi Pertama VENUS, UNIC Cetus Inspirasi Buat Pendengar

Penyanyi pop reggae VENUS tampil dengan kelainan apabila buat pertama kalinya mereka berkolaborasi dengan Kumpulan nasyid UNIC sempena Ramadan kali ini.

Menerusi lagu ‘RIA RAMADAN’ ia bukan sahaja memberi inspirasi buat pendengar, malah bakal mencipta satu pengalaman mendengar yang unik dan menyegarkan bagi peminat kedua-dua genre muzik tersebut.

Ketua Kumpulan VENUS, Adi 6ixthsense berkata kolaborasi bersama kumpulan nasyid ini telah mencipta nafas baru dalam industri muzik tanah air.

“Kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan UNIC dalam projek kali ini. Kolaborasi ini membuktikan bahawa muzik tidak mengenal sempadan dan ia sebenarnya dapat menyatukan pelbagai genre muzik,” kata Adi.

Sementara itu, UNIC turut menyambut baik kolaborasi ini sebagai satu platform menyampaikan muzik nasyid kepada lebih ramai pendengar di luar sana.

“Kami yakin bahawa melalui lagu ‘RIA RAMADAN’, mesej-mesej positif dalam muzik nasyid dapat disampaikan kepada lebih ramai orang dari pelbagai lapisan Masyarakat.

“Lagu ‘RIA RAMADAN’ yang dilancarkan ini boleh dinikmati oleh peminat muzik dari seluruh dunia,” kata wakil dari UNIC.

 

VENUS dianggotai oleh bakat-bakat yang tidak asing lagi dalam arena muzik Malaysia seperti Adi 6ixthsense sebagai ketua kumpulan dan pemain gitar kedua, Ayoy 6ixthsense sebagai pemain bass, Lan Jinbara sebagai gitaris utama, Apiz sebagai pemain dram, dan Puteri Khareza sebagai penyanyi.

Manakala Kumpulan Nasyid UNIC ialah sebuah kumpulan nasyid yang telah bertapak dalam industri muzik tempatan selama 20 tahun.

Pendengar boleh mendengar kolaborasi ini dan terus mengikuti perkembangan terkini mengenai VENUS dan UNIC melalui saluran-saluran media massa dan akaun media sosial mereka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 9 Oct 2019
Featured Tue, 15 Nov 2022

Peragakan Kasut Tumit Tinggi, Otam Blurr Undang Tawa Netizen – “Tak Tahu Macam Mana Perempuan Boleh Hadap…”

Pempengaruh Otam Blurrr yang terkenal dengan perangai ‘gila-gila’ dalam melakukan video parodi kelakar sekali lagi tular di laman TikTok. @otamblurrrrrNasib baik aku jantan pakai kasut biase2 je ahhahaaha♬ NO COMMENT 50 RINGGIT SADJA – It’s […]

Featured Fri, 16 Dec 2022
Events Mon, 25 Nov 2019

陶喆和信「坚守承诺」再次回到槟城!用音乐惊艳全场

陶喆和信坚守承诺不计唱酬,再次「回到」槟城用音乐惊艳全场,弥补粉丝的遗憾。

Hiburan Sat, 11 Jan 2020

TT Live Mall Sedia Platform Perniagaan Untuk Selebriti, Orang Ramai

TT Live Mall juga dijangka melebarkan sayap ke Jepun, Singapura, Indonesia, Korea, Thailand, Cambodia, Vietnam dan China.

Hiburan Thu, 21 Mar 2024