Events By: Salma Syahbuddin November 25, 2019 @ 1:10pm

“Selalu jadi tukang tepuk, hambek kau aku pula kena tepuk!” Tahniah Ustaz Hamadi!

Rasa syukur dan ucapan terima kasih buat semua penyokong dan juri atas kemenangan yang diraih beliau pada Anugerah Telenovela Award 2018 bagi Persembahan Lakonan Yang Memberi Impak Kepada Masyarakat itu dikongsikan menerusi muat naik beliau di laman instagram miliknya beberapa hari lepas.

Azhan Rani, 43 bagaimanapun berharap agar kemenangan ini bukanlah bersifat belas kasihan memandangkan ianya diadili oleh juri-juri profesional. 

” Syukur Alhamdulillah, selalu jadi tukang tepuk malam ni hambek aku pulak kena tepuk. Semoga bukan anugerah kesian sebab ini merupakan anugerah khas juri”

” Setinggi -tinggi terima kasih buat juri-juri atas penghargaan ini. Tak lupa juga buat @radius.one terutamanya penulis dan pengarah kesayangan Malaya @budakijat yang menyebabkan Azhan Rani naik stage malam ini “ Katanya.

 

 
 
 
View this post on Instagram

bagi pihak AZHAN RAN terima kasih .. syukur alhamdulillah.. selalu jadi tukang tepuk malam ni hambek aku pulak kena tepuk.. semoga bukan anugerah kesian sebab ini merupakan anugerah khas juri.. setinggi2 terima kasih buat juri2 atas penghargaan ini. tak lupa juga buat @radius.one terutama penulis dan pengarah kesayangan malaya @budakijat yang menyebabkan AZHAN RAN naik stage malam ni.. pastinya akan berderet ucapan tahniah untuk ini, apapun aku dahulukan dengan terima kasih.. memadailah puji2an buat Allah SWT yang mengizinkan segala kebaikkan.. yang lebih penting disebalik seketul award, puji2 dan tepuk sorak apa yang akan jadi esok.. semoga malam ni bukan sekadar penerus tradisi malam anugerah namun yang lebih penting andai malam ini dapat mencetuskan lebih banyak kebaikkan untuk kemajuan penulisan juga pembikinan drama dan filem kita. banyak isu serius samada isi kandung dan tanggungjawab sosial karya, kebajikan, pengurusan, masa depan pengkarya baik yang di depan kamera mahupun di belakang kamera yang patut dibuat penambahbaikkan.. moga sama2 kita betulkan nawaitu.. andai esok lebih baik buat kita semua ianya adalah anugerah yang paling manis buat kita semua.. in shaallah terima kasih #syukur #yayasanpembangunanbukunegara #anugerahtelenovela2019

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on

Penerima anugerah khas juri bagi drama Nur ini berharap, agar lebih banyak lagi kemajuan dalam penulisan bagi menghasilkan karya-karya yang baik kerana, banyak isu serius terhadap isi kandungan, kebajikan, pengurusan, dan masa depan pengkarya baik di depan mahupun dibelakang kamera perlu diperbaiki.
 
” Semoga malam ini bukan sekadar penerus tradisi malam anugerah namun apa yang lebih penting andai malam ini dapat mencetuskan lebih banyak kebaikkan untuk kemajuan penulisan juga pembikinan drama dan filem kita ” Jelasnya.
 
Apapun, tahniah Xtra ucapkan kepada Ustaz Hamadi kita diatas kemenangan ini!
 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 17 Oct 2022
Selebriti Tue, 31 Oct 2023
Featured Fri, 9 Sep 2022
Featured Sat, 24 Sep 2022
Hiburan Fri, 5 Jul 2019

Mewah Sebab Ditaja ‘Sugar Daddy’? Kilafairy Akhirnya Bersuara!

Saya mahu bekerja keras dan mengumpul aset sebelum berkahwin. Mengenai kritikan negatif, netizen boleh berkata apa yang mereka suka.

Events Sun, 24 Nov 2019

《搭错车》音乐剧挑战「高」难度!第26场温馨落幕

改编自1983年轰动一时的同名电影巨作《搭错车》音乐剧巡演在跑了11个城市后,第26场于昨日(23日)在马来西亚圆满落幕!

Featured Wed, 30 Nov 2022
Hiburan Wed, 12 Jun 2019

‘Bonda Nervous Nak Tambah Satu Lagi’- Yatt Hamzah Umum Hamil Anak Keempat

Mohon doa semua agar bonda yang lasak dan aktif menjaga tiga anak-anak kecil ini kuat dan sihat selalu dan baby dalam kandungan selamat serta kuat ya.