Hiburan By: Fatin Nurain June 19, 2023 @ 2:53pm

Alamak! Wanita Berpurdah Meluru Naik Pelamin & Terus Peluk MK K-Clique! Rupa-Rupanya….

Anggota kumpulan K-Clique, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas dikenakan oleh adiknya, Muhammad Aiman ketika di majlis resepsinya, Sabtu lalu.

Menerusi perkongsian di TikTok, Aiman telah mengenakan jubah labuh dan purdah berwarna merah sebelum nekad untuk mengenakan abangnya, MK yang sedang meraikan hari bahagianya bersama isteri tercinta, Siti Hajaar.

Lebih mencuit hati, Aiman telah memeluk erat tubuh abangnya itu setiba di atas pelamin dan membuatkan ramai yang terkejut dengan situasi tersebut.

Bingung dengan situasi yang berlaku, MK terus membuka purdah yang dikenakan oleh adiknya itu sekali gus membuatkan ramai terhibur dengan tindakannya.

Dalam perkongsian tersebut, Aiman juga sempat memberikan ucapan yang menyentuh hati buat pelantun lagu Mimpi itu.

“Terima kasih sudah menjadi seorang abang yang cukup sederhana dan bermakna bagiku. Perjuangan dan ujian sentiasa berbeza kan? Alhamdulillah, itu mendewasakan kita.

“Sekarang sudah membina masjid kita sendiri. Insya-Allah, abang aku akan menjadi lebih baik setiap masa,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan warganet.

@manchai77 ALLAHUMMAH BARIK . JAZAKALLAHU KHAIRAN @MK K-CLIQUE ♬ original sound – Muhd Aiman4740

Terdahulu, MK dan Siti Hajaar telah mendirikan rumah tangga pada 16 Jun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: MK K-Clique Sah Bergelar Suami Siti Hajaar

ARTIKEL BERKAITAN: Aksi MK K-Clique Peluk, Cium & Beri Hadiah Kepada Ibu Di Majlis Pernikahan Raih Pujian Netizen

ARTIKEL BERKAITAN: Tutup Ruangan Komen, Nabila Razali Luah Ucapan Buat MK K-Clique & Siti Hajaar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Fri, 17 Nov 2023
Hiburan Mon, 9 Jul 2018

Kena Kecam Hebat, Pegawai Akhbar KBS Undur Diri…

Numan berterima kasih kepada Syed Saddiq yang memberinya peluang sepanjang kempen pilihan raya di Muar dan fasa transisi di KBS dan menganggap ia satu penghormatan untuk dirinya.

Featured Wed, 21 Jun 2023
Featured Sun, 13 Aug 2023
Hiburan Mon, 25 Mar 2019

Azar Azmi Akui Tertekan!

Panas macam mana agaknya watak Azar dalam Nur 2, korang kenalah tunggu okay!

Trending Wed, 21 Jul 2021

Keberkesanan Vaksin Sinovac & Pfizer Adalah Sama – Dr Noor Hisham

so, jangan was-was k! Kita sama-sama ikhtiar♡

Hiburan Wed, 12 Jun 2019

祖雄变身职业拳击手!为电影每天狂操8小时增肌减脂

Hero祖雄为了新电影《震撼擂台》拳击手角色,每天8小时的严格训练,希望能在荧幕上呈现给观众完美的肌肉线条。

Featured Fri, 9 Sep 2022

Dapat Tajaan Buat Rawatan Bariatrik, Tetapi Nora Ariffin Menolak Gara-Gara…

Wah siap dapat sponsor lagi.. Eh, tapi kenapa ditolak?