Scha Elinnea Bengang Dengan Produksi – “Lama Dah Bersabar Dengan Tempat Toksik Ni”

Pelakon Scha Elinnea meluahkan rasa geram dengan sebuah produksi yang tidak menjaga kebajikan dirinya sebagai seorang pelakon.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, Scha diberi cuti oleh doktor selama dua hari kerana demam namun perkara itu tidak diambil peduli oleh pihak produksinya.

“Beritahu saya produksi jenis apa dah tahu pelakon sakit demam panas sampai mengigil-gigil dan pelakon tu tetap datang set walaupun sakit.

“PM bawak pergi klinik dan doktor bagi mc dua hari suruh rehat tapi producer tak bagi perlepasan, suruh rehat dekat set. Wow.

“Bukan tu saja, perkara pertama saya bangun saya tengok dalam group ada manusia-manusia perli saya cakap itu ini,” tulisnya.

Menurutnya, dia memahami situasi dimana tugasnya harus segera disiapkan tetapi kesihatannya tidak mengizinkan.

“Ya semestinya saya nak habiskan kerja ni cepat tapi sakit demam semua ni bukan saya yang mintak.

“Nak cakap tertangguh sebab saya? Habistu selama ni shoot semula hampir satu episod tu salah siapa? Baju konti takde salah siapa?,” ujarnya.

Pelakon Kerana Aku Isteri Bidaan ini turut mendedahkan dia sudah tidak tahan dan penat berada di persekitaran yang toksik tersebut.

“Saya dah lama bersabar dengan tempat toksik ni. Penat mental. Orang tengah sakit kau jangan lagi tambahkan sakit orang tu,” katanya.

Maya Basir