Sebak Pemergian Bapa, Syafiq Farhain Kongsi Pesanan Allahyarham Saleem

Berita pemergian penyanyi terkenal, Saleem ternyata mengejutkan tanah air. Selepas bertarung dengan kesakitan sejak kemalangan 20 September lalu, Saleem menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.30 am semalam.

Anak Allahyarham yang juga merupakan pendatang baru dalam industri seni suara, Syafiq Farhain meluahkan kesedihan atas kehilangan bapa tercinta.

“ Allahyarham ayah pernah menitip pesan supaya sentiasa buat baik tanpa mengira sesiapa pun orang itu. 

“ Saya begitu terasa apabila kehilangan orang yang tersayang,” katanya kepada wartawan di Tanah Perkuburan Islam Cheras Perdana.

Tambah Syafiq, kehilangan arwah sememangnya tiada galang ganti.

“ Walaupun arwah dah tiada tapi saya yakin karyanya akan terus hidup dan subur di hati peminat,” katanya.

Saleem yang menghembuskan nafas terakhir jam 6.30 pagi tadi selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Cheras Perdana, kira-kira jam 2 petang semalam.

Al-Fatihah…

SGMS Faida