Sebelum Masuk Set Penggambaran, Dazrin Teringin Jumpa YB Syed Saddiq

Ibarat bulan jatuh ke riba, pelakon Dazrin Kamarudin menyifatkan tawaran berlakon dalam filem Mahathir: The Journey sebagai peluang yang tidak patut dilepaskan.

Kata Dazrin ketika dihubungi Xtra, dia teruja bakal membawa watak sebagai Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam filem itu nanti.

“Buat masa ini, saya sedang mencari peluang untuk bertemu sendiri dengan YB Saddiq. Kalau boleh saya nak bertemu dan berborak dengan beliau sendiri untuk belajar cara percakapan, pemakaian dan tingkah lakunya.

“Sebolehnya saya mahu nampak sama sebagaimana rakyat melihat dirinya ada pada saya dalam filem ini nanti,” akuinya semangat.

Dalam pada itu, Dazrin gembira dia kembali diberi tanggungjawab memainkan watak hero.

“Selepas lama berehat saya kembali menjadi hero dalam drama. Alhamdulillah rezeki tahun 2019.

“Terbaharu saya baru sahaja selesai berlakon dalam drama Si Gadis Vroom Vroom yang menggandingkan saya dengan Elizabeth Tan, Nazeera Sardi dan ramai lagi,” katanya.

Sementara itu, Dazrin juga membintangi drama Dirgahayu The Series yang menyaksikan Dazrin sebagai ahli kawalan yang menjaga sempadan negara.

Oleh : Fas

SGMS Faida