Categories: HiburanSelebriti

Sebelum Peluk Islam, Adam Corrie Mengaku Dirinya…

Pelakon Adam Corrie mengaku sebelum dirinya memeluk Islam, hidupnya seperti tiada arah tuju.

Selepas mengambil keputusan memeluk Islam pada tahun 2007, kehidupannya lebih bermakna dan tidak lagi hidup dalam kegelapan.

“Dahulu sebelum saya mengucap dua kalimah syahadah, hidup saya dalam kegelapan. Tiada arah tuju hidup. Apabila saya dapat keluar dari kegelapan, saya telah berniat dan rasa bertanggungjawab untuk berkongsi keindahan Islam kepada saudara yang belum memeluk Islam dan memberitahu betapa indahnya Islam,”’tulis Corrie di Instagram.

Tambah bapa kepada Fateh ini, dia takut sekiranya di akhirat kelak, dia akan disoal mengapa tidak menyebarkan tentang keindahan agama Islam kepada rakan-rakan yang masih belum memeluk Islam.

“Kerja dakwah tidak boleh dibuat seorang diri. Dakwah perlu dilakukan secara berjemaah.

“Kita tanya diri sendiri, berapa ramai orang yang benci Islam telah kita fahamkan tentang Islam. 

“Kalau kita tidak boleh sampaikan dakwah, kita bantu mereka yang berdakwah,” ujarnya yang menyeru manusia agar sentiasa bersangka baik dengan Allah.

 

SGMS Faida