Hiburan By: Salma Syahbuddin November 15, 2022 @ 2:54pm

“Seberat Apapun Badai Yang Datang, Kita Selalu Bisa Untuk Bangkit”- BCL Titip Ucapan Terima Kasih Buat Peminat Malaysia

Penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) terharu dengan setiap sokongan peminat Malaysia sepanjang tempoh sukar yang dilaluinya.

Menurut BCL, konsert Blossom yang akan diadakan pada 27 Januari 2023 nanti adalah sebagai bukti bahawa dirinya mampu melakukan apa sahaja dengan sokongan peminat, keluarga dan arwah suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair.

“Ini adalah pembuktian kepada diri saya sendiri dan saya harap konsert ini punya impak kepada orang lain kalau seberat apapun badai yang datang terhadap hidup kita, kita selalau bisa untuk bangkit lagi,” katanya kepada XTRA.

Meskipun memerlukan masa yang agak lama untuk mengumpul kekuatan kembali ke Malaysia yang dianggap sebagai rumah kedua, BCL mengakui sejak pemergian arwah suami, dia masih belum berkesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada seluruh peminat di Malaysia.

“Konsert ini, it mean so much for me. Jadi, saya ingin ucapkan terima kasih banyak kerana sebelum ini saya belum punya kesempatan untuk bisa membalas mesej semua orang. Kerana pada ketika itu, saya mematikan telefon saya selama sebulan.

“Jadi, ini mungkin tempatnya, kerana rakan media dan every familiar faces ada. Jadi, terima kasih, terima kasih banyak-banyak kerana sentiasa memberikan sokongan buat saya, Noah dan Ashraf,” jelasnya.

Terdahulu, BCL hadir sempena sidang media konsertnya, BCL Blossom Intimate Concert yang akan diadakan pada 27 Januari 2023 bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN:Lambang Apresiasi Buat Peminat, BCL Bakal Adakan Konsert 27 Januari Depan

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Lebih Sedih Jadi Mangsa Body Shaming” – BCL Jawab Dakwaan Hamil

ARTIKEL BERKAITAN:Akui Gemuruh, BCL Beranikan Diri Kembali Ke Malaysia Tanpa Ashraf Sinclair – “Tempat Ini Ada Banyak Memori”

ARTIKEL BERKIATAN:“Walau Berada Di Dunia Yang Berbeza, Kamu Tetap Dihati Saya” – Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-14, BCL Titip Ucapan Penuh Makna

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Perut Buncit BCL Raih Perhatian, Netizen Dakwa Hamil Anak Ariel Noah?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 1 Jun 2022
Hiburan Wed, 14 Aug 2019
Selebriti Sat, 18 Nov 2023
Featured Fri, 31 Mar 2023
Trending Sat, 15 Dec 2018

Selamat Tinggal Zaman Bujang, Kaka Azraff Kini Isteri Orang!

Persahabatan yang akhirnya menyatukan hati mereka untuk sehidup semati.

Trending Tue, 3 Aug 2021
Hiburan Wed, 21 Sep 2022
Featured Tue, 15 Nov 2022

“Dah Melangkah Sebelah Kaki, Teruskan” – Norman Hakim Tak Halang Anak Ceburi Bidang Seni

Kalau dah suka, kena lah sokong kan.. Sporting lah Norman Hakim

Contest Tue, 14 Jan 2020

xtra好康头 | 送你双威主题乐园门票玩转金鼠年

欢乐数不清!xtra好康头要送你双威主题乐园门票,让你在这个农历新年玩转金鼠年~