Events By: Salma Syahbuddin August 30, 2018 @ 6:02pm

Seindah Dan Secantik Orkid Cattleya, Dai’ Ini Dapat Pujian?

 “Secantik dan Seindah Orkid Cattleya” adalah pujian yang diterima ejen dakwah Da’i Imran apabila tazkirah beliau bertajuk Madinah Kota Cinta disampaikan penuh pengertian,“Secantik dan Seindah Orkid Cattleya”. Itulah antara pujian yang diterima oleh ejen dakwah Da’i Imran apabila tazkirah beliau bertajuk Madinah Kota Cinta disampaikan dengan penuh pengertian. 

Mengupas intipati tazkirah minggu keenam bertemakan Iktibar Dari Tanah Suci dengan konsep muhasabah yang disampaikan oleh Da’i Imran, Kota Madinah digambarkan tertegak berteraskan dari Ad-Din (agama), yang bermaksud cara hidup yang melengkapi segala aspek kehidupan.

Dan, menerusi persembahan pada minggu ini,  da’i Imran telah menerima 60% undian daripada para penonton yang meletakkan beliau di kedudukan tiga teratas menerima undian tertinggi selain Da’i Haziq (78%) dan Da’i Raisyah (68%).

Pentas Da’i Pendakwah Nusantara Musim ke-6 juga semakin sukar apabila tiga peserta terendah akan diuji dengan soalan “imtihan” di pusingan penyingkiran. Kelemahan Da’i Amirul menjawab soalan-soalan yang diberikan oleh para juri menjadikan beliau peserta keenam tersingkir pada minggu lalu. 

 

Kini hanya tinggal lima peserta sahaja lagi yang akan meneruskan perjuangan mereka di pentas dakwah Da’i musim ke-6 ini ini. Dan, sekali lagi mereka akan diuji dengan tema yang mencabar minda di minggu ketujuh esok!

Jadi jangan lupa, nantikan ejen-ejen dakwah ini beraksi sekali lagi pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 di TV3.  Da’i Pendakwah Nusantara turut boleh di tonton di seluruh dunia melalui laman youtube TV3 Malaysia, portal rasmi www.tonton.com.my dan juga LIVE TV di www.xtra.com.my serta jangan lupa #daiTV3 di laman sosial anda sebagai tanda sokongan!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 22 Jun 2022

[VIDEO] Shuk Sahar Akui Menyesal Curang Namun Masih Berhubung Dengan Fara

Shuk Sahar kini rasa kosong tanpa anak dan isteri disisi.

Hiburan Mon, 19 Jun 2023

Kesal Ibu Terima Tempias, Haris Annuar Maklum Keluarga Tak Setuju Nadia Annuar Buka Tudung – “Sekurangnya Dah Terlepas Dari Dosa Sebab…”

Hati seorang ibu sedih melihat anak yang dulu berhijab tiba-tiba buka semula – Harris Annuar

Cahaya Mata Fri, 12 Aug 2022

Puteri Sulung Ayie Floor 88 Pelengkap Kebahagiaan – “Belum Sedia Kongsi Wajah Anak Kerana…”

Alhamdulillah.. Bukan senang kan jadi bapa ni sangat mencabar lagi-lagi nak jaga baby tu.

Hiburan Wed, 27 Mar 2019

Aina Abdul Kongsi Pengalaman Depresi Dalam ‘Sumpah’

Aina percaya rezeki akan datang kepada sesiapa yang tidak berhenti berusaha!

Hiburan Mon, 9 Apr 2018

Elfira Loy Akhirnya Undur Diri

Justeru itu, El terpaksa mengambil keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur kerana keadaan beliau tidak mengizinkan. Malah, beliau juga terpaksa melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik yang berhampiran.

Hiburan Thu, 16 May 2019

《金环奖》评审团曝光!阵容气势非凡

第三届《金环奖》评审团阵容曝光!今年的评审团阵容依旧气势非凡,由印度导演兼电影制片人拉吉库玛尔·希拉尼担任本届金环奖评审团主席。