“Sekuat Mana Pun Wanita, Pasti Kalah Dengan Rindu…”- Tular Video Bersama Syamsul Yusof, Ramai Doakan Puteri Sarah Kuat!

Kes rumah tangga melibatkan pelakon dan pengarah terkenal, Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof nampaknya masih menjadi perhatian rata-rata peminat dan pengikut pasangan ini.

Mana taknya, menerusi beberapa perkongsian video TikTok yang telah dimuat naik oleh akaun peminat Puteri Sarah iaitu @puterisarahliyanaa, terdapat video di mana pada ketika itu hubungan pasangan ini masih lagi baik.

Menerusi video berdurasi 15 saat yang dikongsikan itu, Puteri Sarah dilihat meletakkan kepalanya dibahu suaminya sambil merakamkan momen mereka bersama.

Manakala, menerusi hantaran yang berlainan pula, terdapat video berdurasi 38 saat yang memperlihtakan foto-foto manis pasangan ini sepanjang mereka bersama termasuklah foto perkahwinan mereka.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan doa buat pasangan ini dan berharap agar kedua-duanya dapat bersama semula.

Salma Syahbuddin