Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd June 14, 2021 @ 7:41pm

“Selalu Tanya Abang Ahmad..”- Fedtri Yahya Dedah Kesungguhan Pelajar Raih A+ Subjek Tasawwur Islam Dalam SPM

Kisah seorang remaja berbangsa India, V Easwaran yang memperolehi keputusan cemerlang dalam subjek Tasawwur Islam  ketika menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tempoh hari mendapat perhatian ramai.

Menurut  V. Easwaran yang ditemui di sidang media secara maya, keputusan cemerlang itu diperolehinya tanpa mengikuti kelas atau subjek Tasawwur di sekolah.

“Di sekolah tidak ada cikgu yang mengajar jadi saya mengambil inisiatif sendiri. Saya berkawan dengan mereka yang beragama Islam dan mencari guru di internet”, katanya.

V Easwaran turut menjelaskan bahawa minat terhadap agama Islam tercetus selepas menonton filem Munafik .

Lebih menarik, V Easwaran mengakui rancangan keagamaan di TV3 seperti Jejak Rasul dan Tanyalah Ustaz banyak membantu dirinya untuk lebih memahami subjek tersebut.

“Saya menonton rancangan Tanyalah Ustaz yang diulang siar pada jam 3 hingga 4 pagi untuk mengulang kaji”.

Dalam pada itu, pengacara Jejak Rasul Ahmad Fedtri Yahya turut mengakui V Easwaran sering menghubunginya untuk bertanyakan isu isu dalam Jejak Rasul.

“Dia selalu text saya untuk bertanyakan isu-isu dalam Jejak Rasul dan memanggil saya dengan nama “Abang Ahmad”.

Malah, Fedtri mendedahkan remaja berkenaan turut berpuasa ketika Ramadan dan mengamalkan puasa sunat. Usaha dan minat remaja tersebut membuatkan Fedtri terpanggil untuk membantu dirinya.

Pengacara Jejak Rasul itu juga berharap agar program tersebut akan menarik minat ramai generasi muda untuk terus menimba ilmu.

Syabas Adik Easwaran!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 30 Nov 2023
Featured Wed, 29 Apr 2020
Hiburan Thu, 9 May 2019

‘Doakan Kami’- Giliran Altimet Sertai Misi Kemanusiaan Ke Syria

Jom terus berikan sumbangan, layari Instagram Cinta Syria Malaysia sekarang!

Hiburan Tue, 6 May 2025
Hiburan Sat, 25 May 2019

Lepas Berjaya Dengan Tudung, Neelofa Buka Kafe Signature Pula!

Pembukaan cawangan terbaharu berkonsepkan kafe tersebut dijangka dilancarkan pada hujung tahun ini.

error: Content is protected !!