Categories: HiburanSelebriti

Selamat Hari Jadi Pokemon

Siapa kat sini yang suka tonton siri televisyen popular, Pokemon? Korang yang lahir zaman 80-an mesti teruja kan bila Pokemon bersiaran, betul tak? Hehe
Sempena sambutan ulang tahun ke 20, Animonsta Studios dan Primeworks Studios bekerjasama untuk mengangkat kembali naskah kegemilangan Pokemon ke layar perak tak lama lagi. Wohooo!
Saksikan pengembaraan Pikachu dan Ash dalam pencarian Pokemon Lagenda bernama Ho-Oh. Menariknya, filem ini turut menampilkan Pokemon misteri bernama ‘Marshadow’. Lebih banyak pertempuran menarik dan suntikan aura unik baharu bakal dipersembahkan.
Bakal menemui penonton bermula 7 Disember 2017, filem Pokemon The Movie: I Choose You! menjanjikan pengalaman mengujakan. So anda, boleh la bawa anak anak ke pawagam. Jangan lupa beritahu, “Inilah favourite show papa/mama zaman kecil dulu,”.
Enjoy & Happy Watching guys!
SGMS Enal