Selamat Lahirkan Anak Lelaki, Tahniah Dynas Mokhtar!

Pelakon Dynas Mokhtar selamat melahirkan anak lelaki pada Jumaat lalu.

Berita gembira ini dikongsi oleh pelakon drama KL Gangster: Underworld menerusi laman Instagramnya sebentar tadi.

” Ketentuan Illahi. Alhamdulillah. MasyAllah anak lelaki untuk kami. Kami baik-baik sahaja,” tulisnya disertai tanda pagar #170519 #Lilp #Rikdy 

Rata-rata pengikutnya gembira serta meninggalkan ucapan tahniah di ruangan komen Instagram milik Dynas.

Dynas dan suaminya, Shazrik Din berkahwin pada 21 April 2018 di kediaman keluarga pelakon wanita itu.

Dynas memiliki dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Khyra Khalyssa dan Mohamed Haqaish. 

SGMS Faida