Selamat Tinggal Forteen, Izzue Islam Kini Bergerak Solo

 “ Ya, saya pilih untuk mengundurkan diri daripada kumpulan Forteen,” kata penyanyi Izzue Islam sejurus tamat konsert Gegar Vaganza 5, semalam.

Penyanyi dan pelakon Izzue Islam memaklumkan antara sebab pengundurannya kerana tiada lagi persefahaman antara dirinya dan anggota kumpulan lain. 

“ Saya akan bergerak secara solo. Perkara ini sudah berlaku beberapa kali dan jalan terbaik adalah dengan keluar daripada kumpulan Forteen,” katanya yang serius dengan keputusan ini.

Forteen yang turut terdiri daripada One, Ameer dan Ariz ditubuhkan pada 2011.

Forteen pernah bernaung bawah KRU Music menakala antara single mereka yang hits adalah Berdua Bersatu, Kita dan Dekat Tapi Jauh.

SGMS Faida