Hiburan By: Fatin Nurain December 1, 2023 @ 2:09pm

Selamba ‘Take Over’ Sesi Live Alyah, Tok Ram Dedah Tiada Akaun TikTok – “Fake Account Tu!”

Pemuzik terkenal Datuk Ramli MS tampil perjelaskan bahawa dirinya tiada sebarang akaun TikTok.

Perkara itu telah didedahkan oleh Ramli MS atau Tok Ram ketika mengambil alih sesi live isterinya, Datin Alyah di platform tersebut.

Dalam perkongsian tersebut, Alyah pada awalnya memaklumkan ramai yang mengikuti sesi live berikut gara-gara kehadiran suaminya itu.

Menyedari perkara itu, pemuzik tersebut terus mengambil kesempatan untuk mewar-warkan bahawa kebanyakan akaun TikTok yang menggunakan namanya adalah palsu.

“Saya tak pernah ada TikTok tau. Yang ada dalam tu semua entah siapa-siapa. Saya tak ada TikTok. Kau orang jangan percaya, keluar daripada fake account tu,” katanya.

Taat mendengar penjelasan suaminya itu, Alyah sempat mengusik Ramli MS untuk membuat pengumuman lebih lanjut berkenaan isu tersebut.

“Assalamualaikum, semua orang kampung. Tok Ram nak bagitahu yang TikTok yang ada akaun tu bukan dia punya. Dia tak tahu apa-apa,” usiknya.

Segan dengan usikan pelantun lagu Jutaan Purnama, Ramli MS terus berlalu pergi namun dipanggil semula kerana semakin ramai yang menonton sesi live pasangan itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Alyah meluahkan rasa terhibur melihat gelagatnya bersama Ramli MS.

@alyah81official Ni ha tolong tokram buat Announcement segala acc dalam tiktok yg ada nama dia bukan dia punya katanya 🤭🤭🤭 semua fake acc.😤 #fyp #fypシ゚viral #alyahthecutesinger #alyahtokram ♬ original sound – alyah81official

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 27 Sep 2023

Vanessa Reynauld Cabar Kualiti Vokal Dalam Lagu ‘IGAU’, Hasil Sentuhan Naqiu

Min luvvvv! Lagu IGAU ni tonjolkan lagi vokal Vanessa 🫰🏻

Hiburan Mon, 23 Sep 2019
Trending Fri, 31 Mar 2023
Hiburan Fri, 31 Aug 2018

Jadual Makin Padat, Khai Bahar Kongsi Rahsia Tak Cepat Letih!

Dalam kesibukan jadualnya yang padat, Khai sentiasa terlihat bertenaga setiap masa. Ehem…apa rahsianya?

Trending Fri, 29 Nov 2019
Trending Tue, 25 Aug 2020
Trending Thu, 20 Aug 2020

Neelofa Sah Letak Jawatan Sebagai Pengarah Air Asia

Pelakon dan pengacara terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai pengarah bebas bukan eksekutif di Air Asia. Menerusi maklumat daripada Bursa Malaysia, Air Asia menerima notis perletakan jawatan pada 17 Ogos lalu. […]

Hiburan Thu, 7 Dec 2023