Categories: SelebritiTrending

“Alamak! Ini Salah Faham Besar” – Isu Komen Puteri Sarah Bakal Kahwin, Nurul Shuhada Perjelas Situasi Sebenar

Sebelum ini, pempengaruh, Nurul Shuhada mendakwa bahawa pelakon Puteri Sarah Liyana bakal berkahwin buat kali kedua tidak lama lagi.

Susulan itu, Sarah tampil membuka mulut sekaligus menafikan dakwaan yang ditulis Shuhada pada sebuah ruangan komen.

Artikel Berkaitan: “Next Dah PSL” – Nurul Shuhada Beri Bayangan Puteri Sarah Akan Berkahwin?

Artikel Berkaitan: Nama Dipetik Bakal Berkahwin Dengan Andi Arsyil, Puteri Sarah Titip Pesanan… Minta Individu Jangan Memandai-Mandai

Gara-gara itu, Shuhada dikritik warganet dan dia tampil memberi penjelasan bagi meleraikan isu berkenaan.

Kata Shuhada, komen yang ditinggalkannya itu telah menjadi salah faham dalam kalangan warganet dan niatnya sekadar meluahkan rasa bahagia terhadap orang yang dia hormati serta tiada kaitan dengan perkahwinan.

“Alamak this is a very huge misunderstanding, comment Shu tu betul betul menzahirkan rasa bahagia untuk semua orang yang Shu hormati and pandang tinggi, and tak ada berkait untuk apa-apa perkahwinan.

“Tak sangka pulak tertwisted sampai macam tu sekali 😅, Shu pun fans kak Sarah and kak Sarah at the first place macam orang lain, sikit pun tak rasa nak cari spotlight or anything punya untuk media headlines 😅,” jelasnya.

Dalam pada itu, Shuhada turut memaklumkan dia telah memohon maaf secara peribadi dan kini tampil memohon maaf secara terbuka kepada pelakon itu.

“Shu dah personally mohon maaf dekat kak Sarah and here im openly apologise kalau ada yang menghina or kutuk kak Sarah for that, tak baiklah, kita doakan yang baik baik untuk orang mesti Allah bagi yang baik baik 🥰🫶,” katanya lagi.

Atiqah Johari