Categories: SelebritiTrending

“Bila Diam, Dia Pun Diam” – Bakal Kahwin Kali Ke-3, Bekas Isteri Pula Dakwa Cat Farish Berhutang RM10,000?

Baru-baru ini, bekas isteri kepada penyanyi dan pelakon Cat Farish iaitu Suriani Hassan mendakwa bahawa bekas suaminya itu berhutang dengannya berjumlah RM10,000.

Menerusi hantaran Suriani di Instagram Storiesnya (IGS), dia berkongsi sebuah artikel yang memaparkan seorang individu menuntut hutang rakannya ketika majlis perkahwinan.

Susulan itu, rakan Suriani bertanya adakah dia tidak mahu menuntut wangnya yang dipinjam berjumlah RM10,000 itu.

“Baru 5K @suriani.hj.hassan 10K tak nak tuntut ke,” soal individu itu.

Malah, Suriani berdoa agar bekas suaminya itu terbuka hati untuk melangsaikan hutangnya.

Bukan itu sahaja, Suriani turut berharap bahawa Cat tidak berhutang dengan bakal isterinya.

“Hahaha semoga Allah bukakan hati dia! Lol… harap kahwin baru ni dia tak berhutang laa dengan bakal isteri dia,” katanya.

Pada hantaran lain pula, Suriani menyatakan bahawa bekas suaminya itu hanya berdiam diri namun bila dia mula bersuara menjadi heboh.

“Bila diam buat tak tahu… dia pun sama diammm.

“Baru bersuara sikit dah heboh,” ujar Suriani.

Untuk rekod, Suriani dan Cat Farish pernah berkahwin pada 20 November 2020 namun telah bercerai pada awal tahun ini.

Walaubagaimanapun, hasil perkongsian hidup mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Artikel Berkaitan: “Sampai Hari Ini Saya Tertanya Kenapa Diceraikan” – 2 Tahun Berkahwin, Isteri Dakwa Cat Farish Lafaz Cerai 3 Kali Dalam Satu Masa

Artikel Berkaitan: Selepas Didakwa Lafaz Talak 3 Kali Tanpa Sebab, Cat Farish & Isteri Sah Bercerai

Artikel Berkaitan:Bakal Adakan 3 Majlis Berbeza, Cat Farish & Shikin Maembong Nikah 14 Julai Ini

Atiqah Johari