Selebriti By: Atiqah Johari March 15, 2024 @ 4:02pm

Dakwaan Tangkap Basah Bawa Padah, Jenama Produk Kesihatan ‘Censored’ Muka Ruhainies Dalam Iklan

Sebuah jenama produk kesihatan memberi penjelasan mengenai pengambilan pelakon Ruhainies sebagai duta bagi iklan Ramadan dan Raya.

Menerusi kenyataan rasmi KITSUI Malaysia, pemilihan Ruhainies dan dua artis lain di buat sejak Oktober tahun lalu.

Susulan itu, jenama itu memohon agar kontroversi yang melibatkan Ruhainies tidak memberi kesan terhadap tayangan iklan mereka.

Mengambil langkah berani, jenama tersebut bertindak mengaburkan wajah Ruhainies dalam iklan Ramadan Greetings dan Raya itu.

Malah, jenama itu menegaskan bahawa mereka tidak menyokong mana-mana pihak yang berkelakuan buruk atau berdepan kontroversi.

“Sempena bulan Ramadan al Mubarak ini, kami dengan rendah diri ingin memohon ampun dan maaf diatas segala kesulitan dan kekeliruan yang berlaku terutama posting kami yang melibatkan seorang artis terkenal tanah air.

“Penggambaran iklan produk kami ini menggabungkan tiga artis terkenal tanah air iaitu Wany Hasrita, Hisyam Hamid dan Ruhainies.

“Pemilihan mereka bertiga untuk menjayakan rakaman Kitsui Ramadan Greetings dan Kitsui Raya itu dibuat setelah penelitian rapi dilakukan pada Oktober 2023.

“Berhubung dakwaan ditangkap khalwat yang dihadapi oleh salah seorang pelakonnya, kami berharap ia tidak memberi kesan kepada tayangan iklan itu kerana rakaman tersebut sudah siap dirakamkan pada Disember 2023 dan seramai 100 krew produksi yang terlibat dalam menjayakan iklan ini.

“KAMI TIDAK MENYOKONG MANA-MANA PIHAK, KELAKUAN BURUK ATAU KONTROVERSI.

“Di kesempatan ini bersempena bulan mulia, pihak kami berbesar hati ingin menginfaqkan sebahagian keuntungan kami kepada pihak yang memerlukan terutama rumah anak yatim.

“Semoga dengan setiap ringgit pembelian mendapat rahmat dan berkat dari-Nya. Terima kasih atas segala sokongan dan keprihatinan anda terhadap kami.

“Kami mengucapkan selamat menjalani ibadah Ramadan kepada semua umat Islam,” jelas jenama itu dalam kapsyen Instagram mereka.

Ruhainies

Artikel Berkaitan: “Saya Jemput Dia Makan Bersama Keluarga” – Isu Khalwat Dengan Aliff Aziz, Ruhainies Buka Mulut… Sedia Bincang Dengan Bella Astillah

Artikel Berkaitan: “JAWI Sampai Jam 11 Malam, Bukan 3 Pagi” – Dedah Bukti Mesej Dengan Ruhainies, Risteena Harap Netizen Tak Terus Menghukum

Artikel Berkaitan: ‘Tikam Belakang’ Kawan Punca Nama Ruhainies Digugurkan, A Aida Beri 3 Kontrak Drama Kepada Bella Astillah – “Dia Minta Maaf Pun Tak Terima”

Artikel Berkaitan: “Mungkin Perceraian Sebagai Hadiah Ulang Tahun Saya” – Enggan Berdendam, Bella Astillah Maafkan Ruhainies

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 26 Nov 2019
Featured Tue, 29 Mar 2022
Hiburan Sun, 26 Nov 2017

Reaksi Remy Ishak Bila Ditanya Tarikh kahwin

“Saya Tidak Mahu Bercerita Banyak, Takut Tak Jadi Nanti Malu,” Reaksi Remy Ishak Bila Ditanya Tarikh kahwin

Hiburan Wed, 29 Aug 2018

Betul Ke Kaer Dan Amylea Tak Ngam?

Dihadiri lebih 400 penonton yang terdiri daripada peminat Kaer dan Amylea, showcase itu turut membariskan himpunan lagu popular seperti My Boo, Sinaran, Satu, Best Part dan Manusia Kuat selain lagu popular Kaer, Tak Pernah Hilang

Featured Wed, 6 Apr 2022

Tersenarai Dalam ‘The 100 Most Awarded Musician of All-Time’, Siti Nurhaliza Kalahkan Celine Dion & Nicki Minaj!

Siti Nurhaliza terima 329 anugerah & duduki tempat ke-27! Fuhhhhh, terbaik!

Hiburan Mon, 23 Jul 2018

#tontonRaisha2 : Mawar Rashid Tak Berhenti Berlakon Selagi…

Dalam pada itu, Mawar juga bersedia untuk membawakan watak jahat dengan syarat tiada adegan sentuhan.

Hiburan Sun, 18 Feb 2024