Selebriti By: Atiqah Johari December 14, 2023 @ 7:42pm

“Didekati, Mendekati, Dekatkan Diri Semua Tu Ada Tapi…” – Farahdhiya Bakal Tamat Zaman Bujang?

Penyanyi Farahdhiya akui masih tidak memiliki teman istimewa dan tidak akan mendedahkan kepada umum selagi belum bergelar suaminya.

Namun begitu, memetik temu bual Melodi, dia berkongsi bahawa ada lelaki yang mendekatinya malah dia juga pernah mendekatkan diri tetapi masih belum jumpa yang sesuai.

“Tengoklah mana tahu tahun 2024 ini ada rezeki untuk itu (kahwin) pulak. Saya memang masih single, saya gambar solo lah. Kalau ada yang special pun saya tak akan kongsi selagi dia tidak bergelar suami saya.

“I keep my private life very very private. Didekati, mendekati, dekatkan diri semua tu ada tapi yang special maybe soon. Saya berkawan dengan ramai, bukan saya playgirl. Saya berkawan sebab saya mencari orang yang sesuai. Saya berkawan untuk berkahwin bukan untuk membuang masa saya.

“Kepada yang ada rasa-rasa nak membuang masa, stay away from me. Sebenarnya dalam hidup ini kita kena ada rancangan, rancangan sahaja if you want something you kena usaha. Tak boleh nak mengharapkan benda tu datang bergolek,” katanya.

Kongsinya lagi, pernah ada lelaki yang mengajaknya untuk mendirikan rumah tangga namun dia menolak dengan cara baik kerana masih belum bersedia dan merasakan individu itu tidak sesuai dengannya.

Malah, pelantun lagu Bertakhta Dihati ini turut berkongsi ciri-ciri lelaki idamannya untuk dijadikan suami.

“Sebelum ini ada yang mengajak saya berkahwin tapi saya tidak bersedia ataupun saya tidak merasakan orang itu adalah sesuai untuk menjadi suami saya. Jadi, saya terpaksa tolak dengan cara yang baik.

“Saya seorang yang simple. Kadang-kadang ada yang ingat saya high maintainance mungkin dari segi kerja saya. Saya nak seorang yang simple, yang tak payah berpura-pura, bertanggungjawab, penyayang. You don’t have to be too good-looking sebab bagi saya rupa tu dah jadi nombor 10. Yang penting hati baik bukan penipu bukan pengotor.

“Selagi saya belum berkahwin, masih lagi boleh isi boring. Dalam masa sekarang saya masih lagi buka option. Masih mencarilah. I wouldn’t say the perfect one. Nobody perfect, im not perfect,” tuturnya lagi.

Sumber: Melodi TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 17 Oct 2018
Hiburan Fri, 22 Nov 2019

Happy Birthday, Mimi Lana!

Happy Birthday again, Mimi! Comel Mimi time kecik-kecik.

Hiburan Tue, 4 Sep 2018

《妈姐》夺「首尔国际电视节」评审特别奖

2017年ntv7台庆剧《妈姐》荣获第13届《首尔国际电视节》“评审特别奖”!

Trending Sun, 14 Nov 2021

“Kalau Dia Bersin, Terbina 1 Kanopi…”- Busana Serba Hitam Dikecam, Aina Abdul Akui Kurang Baca Komen Netizen

Penyanyi Aina Abdul dihujani kritikan dan usikan netizen gara-gara busana yang digayakan di acara karpet merah Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH 34). Menyarungkan persalinan serba hitam rekaan Behati, Aina mendedahkan dia ingin meninggalkan impak […]

Featured Tue, 30 May 2023
Featured Thu, 4 Apr 2024

Aliff Aziz Lebih 8 Kali Ke Pavillion Suites, Bella Astillah Dedah Bukti Ruhainies Berbohong -“Waktu Tu Mereka Ada Bersama”

Allahuakbar! Geramnyaaaa dengar bila Bella cakap Ruhainies buat-buat terkejut😡😡😡