Featured By: Maya Basir May 30, 2023 @ 6:49pm

Farid Kamil Enggan Lafaz Cerai Terhadap Diana Danielle, Proses JKP Gagal

Keputusan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) antara pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada Selasa menemui jalan kegagalan.

Enggan melafazkan talak, Farid masih dengan pendiriannya untuk mempertahankan perkahwinan bersama isteri.

“Dari awal lagi sampai sekarang apa yang saya buat adalah mempertahankan keluarga saya dan perkahwinan kami.

“Saya sentiasa berfikiran positif kerana masih ada harapan dan sayang juga masih ada,” ujarnya.

Sementara itu, peguam Syarie yang mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan anak guamnya tetap dengan keputusan untuk bercerai.

“Pendirian plantif itu jelas yang dia tidak mahu lagi teruskan dengan perkahwinan ini dan dia telah menyatakan sebab-sebab.

“Hakim sudah membaca dan pihak defenden juga ada memberitahu stand mereka. Saya mohon mahkamah untuk guna Seksyen 14 untuk lafazkan cerai tetapi dia (Farid) tidak bersetuju,” jelasnya.

Kemudian, mahkamah menetapkan 15 Jun sebagai sebutan semula kes dan pelantikan hakam.

“Jadi hakim merujuk kepada hakam keluarga jadi ada satu lagi proses rundingan dan selepas itu kita akan lihat apa hasilnya.

“Kalau berjaya dia akan lafazkan, kalau dia enggan hakam mahkamah akan digunakan,” jelasnya.

Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses JKP.

Untuk rekod, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 26 Jun 2023

“Saya Serious” – Kasih Iris Leona Cari Boyfriend, Tapi Ramai Pula Wanita Nak Cuba?

Ehhhh, ghisau! 🤣 Leona cari boyfriend tu guys boleh la cuba apply 😜

Featured Fri, 22 Dec 2023
Featured Tue, 8 Mar 2022

“Sebenarnya Lagu Ini Bukan Typical Love Song, Tetapi..” – Marsha Dedah Maksud Disebalik Lagu Cinta

Sangat deep makna lagu Cinta pada Marsha Milan 🥲 Apakah maksud lagu Cinta pada anda semua? 😉🤩

Trending Tue, 9 Feb 2021

‘Shooting’ Kini Dibenarkan Kecuali… – MKN

Alhamdulillah, Tapi SOP jangan dilupakan!

Hiburan Mon, 8 Jul 2019

Siapa Artis Paling Banyak Ijazah Akademik?

Hebat, tahniah Soo Wincci!

Hiburan Sun, 30 Jul 2023
Acara Tue, 23 Aug 2022

Jasmine Suraya Tertarik Untuk Dekati Islam

Jasmine Suraya mahu dekati Islam