Kisah Viral By: Fatin Nurain July 4, 2022 @ 4:55pm

Sikap Merendah Diri Jadi Pembuka Rezeki, Remaja Lelaki Dapat Tawaran Kerja Dari Boss AirAsia

Baru-baru ini, tular seorang lelaki yang bekerja di syarikat penerbangan AirAsia meminta pertolongan warganet untuk mencari seorang remaja lelaki di media sosial.

Menerusi perkongsian di TikTok milik @armanrshd, dia menyatakan majikannya ingin mencari remaja berkenaan untuk menawarkan pekerjaan.

“Hi saya nak minta tolong sedikit, buat sesiapa yang menjumpai remaja di dalam gambar ini tolong maklumkan kepada. Sebab AirAsia sedang mencari dia untuk diberikan kerja kepadanya,” katanya.

Menurut lelaki tersebut, majikannya tertarik dengan kebaikan remaja tersebut ketika menjadi pelayan di sebuah majlis.

“Sebenarnya Boss saya pergi satu majlis dan nampak dia sedang bekerja, dia sangat bagus dan sangat merendah diri.

“Kemudian Boss saya memang ingin tawarkan dia kerja, jadi saya nak minta tolong dengan kuasa viral yang ada untuk mencari remaja in dan minta maklumkan pada saya semula,” katanya.

@armanrshd #shouldbeme @AirAsia Cabin Crew ♬ original sound – Armanrshd

Malah, pencarian tersebut membuahkan hasil apabila remaja berkenaan munculkan dirinya di ruangan komen dengan memaklumkan nama dan tempat kerjanya.

“Assalamualaikum, Saya Izz Ahmad Danial yang bekerja banquet di Hotel Corncode. Maaf baru perasan tiktok abang.
Alhamdulillah syukur,” tulis remaja tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 30 Aug 2022
Trending Fri, 28 Aug 2020

Sah Mutasi D614G Dalam Kluster Tawar – KKM

Jadi, terus patuhi SOP dan jaga kebersihan selalu

Hiburan Thu, 5 Apr 2018

16 Tahun Tanpa Album, Jackie Chan Siap Sedia Asah Suara!

Bakal tampil dengan album terbaharu tak lama lagi, pelakon berusia 64 tahun ini dah tak sabar untuk menghiburkan kita dengan lagu-lagu terbarunya. Fuh, mesti gempak ni!

Hiburan Sun, 11 Feb 2018

5 BEST DRESSED CELEBRITIES AT AJL32

The Anugerah Juara Lagu 32 is filled with many top celebrities. Check out who donned the best outfits tonight.

Trending Mon, 19 Apr 2021

Pelbagai Koleksi Ekslusif… Jualan Beg, Kasut Raya Bata Curi Tumpuan!

Seperti biasa, setiap kali kita menjengah bulan Ramadan, orang ramai pasti tidak sabar menanti tawaran hebat jualan hari raya. Selain boleh berjimat, berbelanja di musim perayaan juga adalah waktu terbaik untuk menambah koleksi peribadi. Sinonim […]

Featured Thu, 4 Mar 2021

Bantuan Bersasar Tambahan Untuk Golongan Rentan

Semoga nasib gologan ini terbela..

Hiburan Fri, 8 Mar 2019