Selebriti By: Atiqah Johari April 2, 2024 @ 6:58pm

Isu Hak Penjagaan Anak Selesai Cara Baik Dengan Bekas Isteri, Fizo Omar Mengalah Demi Kebaikan Anak – “Kalau Ikut Darah Muda, Nak Saman Je”

Pelakon, pengacara dan usahawan, Fizo Omar tampil memberi penjelasan mengenai kes hak penjagaan puteri tunggalnya, Wan Maryam, 7.

Memetik laporan Harian Metro, Fizo memaklumkan bahawa isu berkenaan telah selesai dengan cara baik dan tiada sebarang pergaduhan.

“Alhamdulillah… sebab daripada awal lagi kita pergi berbincag biar mahkamah yang putuskan. Kami tidak ada pergaduhan.

“Kalau ikut bermasam muka, nak bergaduh itu ada sahaja. Tapi sebab dua-dua faham, mahkamah dah putuskan giliran saya hari apa semua dah ada,” katanya.

Jelasnya lagi, anaknya kini sudah memahami apa yang berlaku dan sebaiknya masing-masing bersikap sabar dan bertoleransi.

“Sekarang Maryam dan tujuh tahun dan boleh faham. Dia pun dah ingat jadual sekolah dan sebagainya. Pandangan saya, kalau dulu pun ikut emosi nak bergaduh, saman menyaman dan turun naik mahkamah.

“Tapi bila kita lalui benda ini, sekejap sahaja. Bersabar dan bersabar akhirnya benda ini dah boleh toleransi. Kuncinya bersabar. Kalau ikut darah muda, nak saman sahaja.

“Ia ambil masa tujuh hingga lapan tahun nak selesai berebut anak. Tahu-tahu anak dah besar. Dari bayar duit RM20,000 pada peguam baik simpan dalam bank,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Fizo berkongsi bahawa anaknya itu akan memilih sendiri untuk tinggal dengan siapa pada usia sembilan tahun.

“Saya sebenarnya tak pernah tuntut hak penjagaan Maryam sebab pada saya anak perempuan perlukan mak lagi. Maryam sangat rapat dengan saya, tapi lain kalau bapa jaga berbanding emak.

“Untuk kebaikan anak, tak apalah saya mengalah jumpa sebulan dua kali sahaja. Tapi daripada situ saya belajar sesuatu. Saya belajar nilai untuk menghargai masa dengan anak.

“Waktu Maryam ada dengan saya, takkan saya ambil tawaran shooting atau sebagainya. Betul-betul fokus pada dia. Hargai dia betul-betul,” jelas Fizo lagi.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 11 Jan 2024
Trending Wed, 11 Jul 2018

Man Attacked by Acid at Jalan Raja Chulan

Here’s a tip on what to do when attacked by acid.

Featured Tue, 6 Dec 2022
Featured Fri, 5 May 2023
Hiburan Wed, 22 Nov 2023

Bapa Along Jinbara Meninggal Dunia

Salam Takziah buat Along sekeluarga

Trending Fri, 23 Apr 2021

Khai Bahar Cerita Kisah Cinta Penuh Dugaan

Penyanyi Khai Bahar menceritakan kisah cinta penuh dugaan menerusi lagu terbarunya yang berjudul Hilang Gelita. Diterbitkan syarikat rakaman 17 Eleven Music, single terbabit dicipta khas untuk drama Kisah Cinta Rumi yang bakal di tayangkan di […]