Trending By: Padin April 23, 2021 @ 11:28am

Khai Bahar Cerita Kisah Cinta Penuh Dugaan

Penyanyi Khai Bahar menceritakan kisah cinta penuh dugaan menerusi lagu terbarunya yang berjudul Hilang Gelita.

Diterbitkan syarikat rakaman 17 Eleven Music, single terbabit dicipta khas untuk drama Kisah Cinta Rumi yang bakal di tayangkan di slot Lestary TV3 bermula 24 April ini.

Drama bersiri ini menampilkan Khai sebagai pelakon utama di samping barisan pelakon lain seperti Riena Diana, Sharifah Rose, Hariz Hamdan, Dynas Mokhtar, Cahaya Nilam, Noniswara, Louisa Alissa Chong dan Gen Darwish.

“Alhamdulillah, ini satu lagi buah tangan yang cukup istimewa buat peminat. Lagu ini memang dihasilkan untuk drama ini. Saya menganggap ia satu penghormatan apabila pihak syarikat penerbitan mahu saya cipta dan nyanyikan sendiri lagu tema drama ini.

“Memandangkan saya turut berlakon dalam drama ini, jadi agak mudah juga untuk mencari idea bagi menghasilkan lagu ini. Saya sudah faham serba sedikit jalan cerita drama ini, tinggal lagi saya perlu hasilkan melodi yang sesuai dan kena dengan kisah yang disampaikan.

“Proses rakaman juga berjalan lancar, walaupun dalam masa sama saya perlu terbabit dalam penggambaran. Terima kasih sekali lagi kepada pihak 17 Eleven Music atas kepercayaan diberikan,” katanya.

Khai berkata, dia tidak mahu peminat keliru dengan single Perpisahan yang baru dilancarkan pada 12 April lalu.

“Kalau ikutkan pelancaran bagi kedua lagu ini tidak jauh. Mungkin ada peminat yang akan tertanya-tanya. Tapi, ingin dikongsikan bahawa lagu Perpisahan adalah single yang dimuatkan dalam album Damba Ketenangan yang turut mengandungi lima zikir. Memandangkan kita sudah berada di bulan Ramadan, jadi saya berasakan lagu Perpisahan dan album ini kena pada masanya.

“Sementara untuk lagu Hilang Gelita pula ia memang dihasilkan untuk lagu tema drama. Kiranya, peminat yang menonton drama ini nanti akan dapat mendengar lagu ini. Seperkara lagi, tema lagu ini pun berbeza.

“Dalam erti kata lain, peminat ada pilihan untuk mendengar. Kalau nak mendengar keduanya juga lagi bagus. Ini kerana kedua lagu ini juga memiliki melodi dan lirik yang bagus. Jadi, bagi saya tidak akan timbul soal keliru.

“Lagi pula, pada zaman sekarang peminat juga lebih mudah untuk mendengar lagu. Banyak platform digital muzik sudah tersedia. Malah kalau di YouTube mereka boleh menonton video muzik,” katanya.

Berkongsi mengenai lagu itu, Khai juga bertuah apabila dapat bekerjasama dengan Rozi Razak yang menggunakan nama pena Rozisangdewi iaitu pengurus kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Drama ini mengisahkan bagaimana percintaan sepasang kekasih yang penuh dugaan. Jadi, melodi lagu perlu dihasilkan mengikut latar cerita ini. Malah, untuk lirik saya berasa bertuah apabila dapat bekerjasama dengan Kak Rozi. Diakui, kata-kata yang dihasilkan Kak Rozi punya nilai tersendiri. Terima kasih kerana sudi menerima tawaran kami,” katanya.

Sementara itu, Rozisangdewi berkata, kesungguhan Khai bersama pengurusnya datang berjumpa adalah penghormatan besar buat dirinya.

“Pihak pengurusan Khai iaitu Jai bertanya sendiri jika saya sudi menulis sebuah lirik lagu untuk Khai. Kesungguhan Khai dan Jai datang berjumpa sendiri adalah satu penghormatan besar buat saya. Ini kerana seorang anak muda berbakat besar yang mencipta sendiri lagu itu, sudi memilih saya menuliskan liriknya.

“Lirik Hilang Gelita saya tulis berasaskan sinopsis cerita atau drama yang diberikan. Apabila saya memberikan draft lirik yang pertama, pihak Khai terus bersetuju dan menerima baik.

“Selain itu, saya mengenal rapat Khai dan Jai dan saling bertukar pandangan dan mereka suka bertanya pendapat dan sebagainya. Dari situ saya faham karakter dan kemahuan Khai dan membuatkan kerjasama menjadi mudah,” katanya.

Lagu dan video muzik Hilang Gelita juga boleh ditonton di saluran YouTube Seventeen Eleven Music bermula 21 April.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 5 Sep 2018

95%的人都不會「長尾夾」妙用法

生活中有没有一些文具,需要时像个宝,但是多于、不用时,却完全不想看到,例如:长尾夹。一般人通常都会用来夹文件等,但其实它还有许多大家不知道的用途喔~

Trending Thu, 12 Aug 2021

“Kenang Kebaikan Tak Salah, Tapi Jangan Sampai Obses” – Fynn Jamal Tampil Menegur Tindakan Segelintir Netizen

Ingat, semua perkara pun tidak boleh berlebih-lebihan cukup sekadar berpada-pada sahaja

Featured Thu, 3 Aug 2023
Trending Wed, 3 Mar 2021

Bayaran i-Sinar Dibuat Bermula 2 Mac 2021, Status TIDAK BERJAYA Perlu Mohon Semula Pada…

Bayaran telah dibuat bermula semalam, ahli yang tidak layak masih boleh mencuba!

Trending Mon, 2 Aug 2021

“Kita Tengok Berapa Duit Yang Dia Ada” – Suami Lana Nodin Arahkan Peguam Hantar Surat Tuntutan Kepada Michael Ang

Suami kepada pelakon Lana Nodin, David Mckienzie sudah mengarahkan pihak peguam untuk menghantar surat tuntutan kepada pengarah Michael Ang. Surat tuntutan terbabit dihantar atas dakwaan pengarah itu mengeluarkan kenyataan salah terhadap isterinya. Memetik laporan Harian […]

Trending Wed, 28 Oct 2020

Kerana “Sabar”, Black Hanifah Tak Jadi Kahwin?

Soal jodoh dan pertemuan, semuanya telah ditentukan oleh Allah. Apatah lagi dalam mencari bahagia, ia bukan semudah disangka. Malah, melayari bahtera alam rumah tangga menuntut pengorbanan sekali gus menguji sejauh mana tahap sabar dan setia. […]

error: Content is protected !!