Selebriti By: Atiqah Johari May 23, 2024 @ 6:31pm

Jalani Pembedahan Bypass, Jay Jay Tak Tahu Ada Masalah Jantung

Penyanyi popular, Jay Jay dilaporkan menjalani pembedahan pintasan (bypass) jantung di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, perkara tersebut dimaklumkan oleh penyanyi Rozita Rohaizad yang merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) menerusi anak penyanyi tersebut, Cammy yang berkongsi bapanya masih berada dalam bilik pembedahan sejak jam 8 pagi, hari ini.

“Selepas pembedahan selesai, Jay Jay akan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dia akan tidak sedarkan diri selama 12 jam,” jelasnya.

Kongsi Rozita lagi, penyanyi itu telah menerima rawatan di IJN selama dua minggu.

“Buat masa ini, pelawat tidak dibenarkan dan hanya anggota keluarga terdekat saja. Cammy juga mohon daripada semua untuk sama-sama mendoakan kesembuhan bapanya itu,” ujarnya kepada Harian Metro.

Sebelum ini, penyanyi nasyid, Cheb Ali dan isterinya, Azura Aziz turut berkongsi keadaan Jay Jay yang dirawat di IJN di aplikasi TikTok.

Malah, Azura memaklumkan bahawa penyanyi itu sendiri tidak mengetahui yang dirinya mempunyai masalah jantung.

Artikel Berkaitan: Alami Batuk Berpanjangan, Jay Jay Cemas Tidak Dapat Menyanyi Dengan Baik

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 17 Aug 2022

Telan 12 Kapsul Ketum Dua Kali Sehari, Seorang Lelaki Masuk ICU

Bahaya ya penggunaan ketum ni.. Semoga diberikan kesembuhan buatnya.

Trending Fri, 31 Aug 2018

Tangan Lelaki Ini Melepuh Selepas 12 Jam Makan Sushi, Akhirnya Terpaksa Dipotong

Lelaki ini telah dijangkiti vibriosis yang berpunca daripada bakteria vibrio vulnificus.

Hiburan Sat, 18 Aug 2018

#KitaPunya 爱国运动 「阿牛」陈庆祥代言人之一

配合即将到来的第61届国庆日,首要媒体集团从8月1日起展开主题为“KitaPunya”的爱国运动,并举办系列活动让全民参与,将爱国情怀洋溢整个马来西亚!

Trending Sat, 26 Dec 2020
Hiburan Wed, 27 Feb 2019
Fab Foodies! Wed, 12 Sep 2018

Nangka Ke Durian? Chef Selebriti Terkenal Ini Pula Dikecam Netizen

Bagaimanapun, gambar durian tersebut telahpun dipadam. Namun, netizen kan cekap jalankan kerja mereka!

Hiburan Mon, 3 Dec 2018