Selebriti By: Atiqah Johari July 11, 2023 @ 4:20pm

“Kau Bukan Nak Anak Cepat… Nak Rasa Mengandung?” – Disoal Rakan Tentang Hamil Zuriat Sendiri, Ini Respons Watie Hanifiah

Usahawan Watie Hanifiah berkongsi perbualannya bersama seorang rakan yang bertanyakan soal anak kepadanya.

Menerusi hantarannya di Instagram Stories (IGS) pada Jumaat lalu, Watie memuat naik tangkap layar perbualan menerusi aplikasi Whatsapp itu dan menjawab persoalan rakannya.

Rakannya bertanya kenapa dia tidak mahu hamil dulu sebaliknya memilih untuk memberi tumpuan pada anak-anak Shuib buat masa sekarang.

Tambah, rakannya itu turut mempersoalkan bukankah Watie menginginkan zuriatnya sendiri dan mahu rasa pengalaman hamil.

“Kenapa kau nak tumpukan pada anak sekarang? Takmau ngandung dulu.

“Tak la. Kau bukan nak anak sendiri cepat-cepat? Nak rasa mengandung,” tanya rakannya.

Namun begitu, Watie tidak memaparkan jawapan balas yang diberikan kepada rakannya itu tetapi rakannya memuji Watie dan mempercayai bahawa Allah SWT adalah sebaik-baik perancang.

Malah, Watie menyatakan rakannya itu bertanyakan soalan kepadanya pada pukul 5 pagi.

“Hahaha dia bagi soalan ni jam 5 pagi guyssss 😂,” tulis Watie sebagai kapsyen.

Untuk rekod, Watie telah berkahwin dengan pelawak dan penyampai radio, Shuib pada 23 Jun lalu dengan sekali lafaz.

Artikel Berkaitan: Selamat Nikahi Watie, Shuib Tamatkan Zaman Duda Dengan Sekali Lafaz

Artikel Berkaitan: Sebaknya! Watie Titip Ucapan Menyentuh Hati Buat Anak-Anak Shuib – “Doakan Mummy Mampu Buat Yang Terbaik”

Artikel Berkaitan: Tidak Kisah Dengan Status Duda Anak 4, Watie Yakin Shuib Boleh Jadi Suami Terbaik – “Dia Ada Rekod Yang Baik”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 6 Mar 2023
Hiburan Thu, 31 Jan 2019

Aleeza Kassim Kongsi Cerita Pertama Kali Mengajar Neelofa Jadi Model

Bila peragawati kelas A berkongsi tips…dengar tu!

Featured Wed, 14 Sep 2022
Hiburan Sun, 26 May 2019
Hiburan Thu, 1 Aug 2019
Hiburan Thu, 22 Sep 2022

“Jangan Bangga Ada Pakwe Bukan Islam” – PU Syed Tegur Yazmin Aziz

PU Syed dah tegur dah tu.. Doakan yang baik-baik

Hiburan Fri, 1 Nov 2019
Hiburan Sun, 18 Feb 2018

KUTUK TAPI MASIH NAK TENGOK

Lebih baik berdiam diri daripada terus meninggalkan komen yang mampu mengguris hati mana-mana pihak.