Categories: SelebritiTrending

Keluarga Tak Hadir Majlis Nikah, Ini Jawapan Isteri Fadlan Hazim – “Mereka Tiada Di Sini Sebab…”

Pelakon Fadlan Hazim telah selamat diijab kabulkan dengan wanita pilihan hatinya yang berasal dari Kazakhstan, Aiya Mukhamedsalova dalam sebuah majlis tertutup pada Ahad.

Artikel Berkaitan: Segak Berbusana Putih, Fadlan Hazim Sah Bergelar Suami Kepada Wanita Kazakhstan

Namun begitu, ketidakhadiran keluarga daripada pihak pengantin perempuan menjadi tanda tanya dalam kalangan warganet.

Susulan itu, Aiya tampilkan memperjelaskan mengenai ketiadaan ahli keluarga ketika majlis pernikahannya semalam menerusi hantaran di Instagram Storiesnya (IGS).

Aiya memaklumkan bahawa keluarganya tidak dapat ke Malaysia atas faktor kesihatan ibunya yang tidak mengizinkan.

“Biar saya jelaskan! Keluarga saya tiada di sini (Malaysia) disebabkan keadaan kesihatan ibu saya.

“Jangan buat andaian, mereka akan datang ke sini untuk majlis resepsi,” jelasnya.

Malah, Aiya mengakui tidak mudah baginya untuk berkahwin di negara asing tanpa keluarga di sisi.

“Ia tidak mudah untuk berkahwin di negara luar tanpa keluarga di sisi. Tolong berbaik sangka.

“Dan ya saya berasal dari Kazakhstan dan saya takkan lupa asal usul malah saya bangga,” ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan: Bakal Kahwini Wanita Kazakhstan Hujung Tahun Ini, Fadlan Hazim Akui ‘Fed Up’! – “Lagi Mencabar Lagi Bermakna Cinta…”

Artikel Berkaitan: Fadlan Hazim Sah Bertunang Dengan Wanita Kazakhstan, Perlu Lalui Ujian ‘Kelelakian’

Atiqah Johari