Selebriti By: Fatin Nurain October 2, 2023 @ 10:30am

Kerap Terpalit Dengan Isu Penyondol, Kak KM ‘Warning’ Suami – “Kaki Saya Saiz 11”

Usahawan terkenal Liana Rosli atau Kak KM mengakui enggan berkongsi suami dengan wanita lain meskipun belum pernah melalui fasa itu.

Menurut Kak KM, perkara itu tidak akan terjadi sekiranya individu yang ‘disondol’ tidak melayan godaan si penyondol.

“Bila ada isu sebegini, tidak boleh salahkan penyondol semata-mata sebab yang disondol pun silap kerana melayan.

“Kalau suami saya kena sondol, saya akan lebih marahkan dia berbanding wanita tersebut sebab melayan. Jangan main-main dengan saya,” katanya.

Selain itu, Kak KM menyatakan dia hanya mampu mengingatkan suaminya, Razman Ramli supaya tidak terlalu selesa dengan kehidupan sekarang.

“Saya hanya ‘sound’ sebagai peringatan supaya dia tidak terlalu selesa dengan kehidupan sekarang. Apabila ada isu berkaitan penyondol, saya tunjuk kepada dia.

“Kalau awak berani kena sondol, kaki saya saiz 11,” jelasnya.

Tambah anak pelakon Normah Damanhuri itu, dia tetap dengan pendiriannya untuk tidak bermadu dengan mana-mana wanita biarpun kerap terpalit dengan isu tersebut.

“Orang kata kalau poligami dapat payung emas tetapi jika beri saya, memang siaplah kau. Kaki saya akan pergi dahulu, tak payah benda-benda lain. Kaki saiz 11, berani?” katanya.

Sumber: Kosmo! Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 27 Jan 2023
Featured Mon, 22 Aug 2022

“Saya Jalani Hidup Macam Biasa, Tapi…” – Siti Nordiana Dedah Terima 2 Permohonan Batal Saman Fitnah

Fuhhh, dah lebih setahun kes ni berlalu 🔥 Agak agak siapalah ek yang minta batalkan saman fitnah tu 🤔🤭 Moga dipermudahkan semuanyaaa 😌

Events Fri, 13 Jan 2023
Hiburan Thu, 5 Dec 2019
Cahaya Mata Fri, 12 May 2023
Events Mon, 25 Nov 2019

‘Lagu Berhantu’ Naim Daniel Dinobat Lagu Terbaik #SFMM34!

Tahniah Naim! Siapa sini pun goosebump, angkat tangan!