Selebriti By: Atiqah Johari October 4, 2023 @ 2:00pm

“Mereka Tetap DNA Saya” – Tiada Isu Dengan Anak, ND Lala Tegas Perceraian Tak Jejaskan Hubungan

Penyanyi kontroversi, Datuk ND Lala menegaskan bahawa kasih sayangnya terhadap anak-anak tidak akan berubah walaupun sudah bercerai dengan isterinya, Fauziah Sarman pada 2 Ogos lalu.

Memetik laporan Harian Metro, dia menyatakan tidak mempunyai apa-apa isu berkaitan kasih sayangnya antara anak-anak kerana mereka adalah darah dagingnya.

“Bagi saya, hubungan bersama anak-anak sekarang tiada isu. Sebab mereka tetap kekal sebagai darah daging saya. Mereka itu adalah DNA saya untuk selamanya dan tidak akan pernah berubah.

“Saya tahu dengan segala apa ujian yang sudah berlaku ini membawa impak dalam keluarga. Anak-anak juga diuji, kita juga diuji. Apapun, kita kena sentiasa berlapang dada dan doakan yang baik-baik saja.

“Mungkin pandangan kita pada hari ini juga berdasarkan sumber dan maklumat yang diperoleh membentuk pendirian diri apabila terlihat kebenaran itu dari sisi yang lain,” jelasnya kepada wartawan Harian Metro.

Dalam pada itu, ND Lala turut menjelaskan bahawa dia tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sebelum ini kerana tidak mahu memberi kesan kepada anak-anaknya dengan maklumat yang salah.

Sebelum ini, heboh di media sosial apabila ND Lala didakwa telah berkahwin dengan kawan baik Shila Amzah yang dikenali sebagai Siti Munirah Abdul Ghani.

Walaubagaimanapun, perkahwinan yang dibina lebih 34 tahun bersama Fauziah terlerai apabila mahkamah mengesahkan lafaz cerainya pada 2 Ogos 2023 menerusi ‘voice note’ adalah sah pada 5 September lalu.

Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Nur Shahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28 dan Nur Syuhada, 25.

Artikel Berkaitan: “Kalau Nak Pilih Dua-Dua, Abah Bermimpi!” – Anak ND Lala Pernah Nasihat Bapa Ceraikan Siti Munirah Untuk Selesaikan Konflik

Artikel Berkaitan: Nama Kena Petik, Teman Wanita Anak Label ND Lala Narsisistik – “Better Diam! Tak Pasal Buka Pekung Sendiri”

Artikel Berkaitan: Kongsi Foto Lengkap Sekeluarga, Kapsyen Anak ND Lala Sentuh Hati Ramai Netizen – “Allah Nak Tarik Nikmat Sekejap Je”

Artikel Berkaitan: “Apa Yang Berlaku Antara Mereka Saya Tak Nak Masuk Campur” – Pilih Bertenang, Shila Amzah Jawab Status Hubungan Dengan Bapa

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 6 Mar 2024
Hiburan Thu, 20 Sep 2018

Kumpulan Estranged Kini Jual CD?

Wow! Dah lama tak dengar khabar dari Kumpulan Estranged kan?

Hiburan Tue, 3 Jul 2018

Akhirnya Aidil Aziz Terima Fasha Sandha

Kenyataan mengenai perhubungan antara Aidil dan Fasha mula terlerai apabila sebelum ini Fasha turut mengakui bahawa Aidil merupakan lelaki paling rapat dalam hidupnya

Featured Mon, 8 Nov 2021

8 Orang Terbunuh Dalam Insiden Rempuh Konsert Travis Scott

Seramai lapan orang, termasuk dua remaja disahkan meninggal dunia selepas menghadiri konsert penyanyi rap Travis Scott, sewaktu acara Astroworld Fest yang berlangsung di Texas, Houston, Amerika Syarikat (AS), pada Sabtu. Menurut laman berita E! News, […]

Featured Sun, 19 Apr 2020