Categories: SelebritiTrending

“Nampak Okay Tapi…” – Pandai Mengurut & Boleh Baca Hati Orang, Linda Rafar Dedah Ada Rakan Artis Cuba Tutup Rezeki?

Penyanyi dan pelakon Linda Rafar berkongsi bahawa dia memiliki kebolehan istimewa dan mendedahkan ada rakan selebriti cuba untuk menutup periuk nasinya.

Kata Linda, memetik laporan mStar, dia dikurniakan kebolehan untuk mengurut dan mempunyai kelebihan untuk membaca serta menilai hati seseorang.

“Kalau I urut orang, orang boleh baik. Kalau orang migrain I urut, I pegang kepala orang tu memang baik. Kalau orang tu ada sakit tulang ke sakit belakang ke.

“Dah lama keluarga Linda tahu yang Linda daripada kecil memang dah gifted dalam mengurut.

“Linda ada satu instinct lah. I boleh tahu hati orang. I boleh tahu, I tengok orang tu I tahu orang tu suka I macam tu ibarat. I tahu jugak orang tu tak suka I walaupun orang tu pretend macam suka,” jelasnya.

Kongsi Linda, dengan adanya kelebihan tersebut dia mengetahui bahawa ada rakan artis yang bercakap buruk di belakangnya.

“Ada. Kawan sendiri pun ada. Maksudnya kawan-kawan yang kita kenal nampak baik, nampak macam okay komen dekat IG apa semua tapi sebenarnya tak baik.

“Menutup periuk nasi… bila orang tanya Linda Rafar nak nombor telefon, nak panggil dia berlakon ‘Linda dah tak berlakon dah’… artis sama artis jugaklah.

“Patutlah PM (Production Manager) cakap bila jumpa Linda ‘Abang nak panggil Linda berlakon tapi dia ni cakap Linda taknak berlakon’. Saya okay saja kalau kena dengan jadual. Maksudnya dia tutup periuk nasi saya, dia menghalang saya daripada berlakon. Maksudnya dia cemburulah, tak sangkalah,” dedahnya lagi.

Sumber: mStar

Atiqah Johari