Categories: SelebritiTrending

[VIDEO] “Sopan & Cantik… Ada Ciri-Ciri Keibuan” – ‘Spend Time’ Dengan Ayash Affan, Netizen Puji Watie

Usahawan dan tunang kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah berkongsi sebuah video yang memaparkan dirinya bersama anak bongsu Shuib, Ayash Affan, 2.

Menerusi hantarannya di Instagram, Watie dilihat sedang meluangkan masa bersama Ayash dengan mesranya.

Malah, ada warganet menyatakan bahawa Watie mempunyai ciri-ciri keibuan dan mampu memberi kasih sayang kepada anak-anak Allahyarham Siti Sarah itu.

Selain itu, ramai yang menitip doa buat Watie agar segala urusannya dengan Shuib dipermudahkan.

Tidak kurang juga, ramai yang memuji penampilan Watie dalam video tersebut dan menyifatkannya sebagai sopan.

Oleh itu, warganet menasihati Watie untuk terus istiqamah dalam penampilan sebegitu berbanding penampilannya yang sering menerima kecaman sebelum ini.

Atiqah Johari