Categories: SelebritiTrending

Puteri Sarah Fail Dua Tuntutan, Dakwa Pegawai Pemasaran Pecah Amanah Sebanyak RM26,000

Pelakon dan usahawan, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mendakwa individu yang dikenali sebagai Nazatul Nazira yang juga merupakan pegawai pemasaran telah melakukan pecah amanah berjumlah RM26,000.

Memetik laporan Harian Metro, Puteri Sarah telah memfailkan surat tuntutan kepada wanita itu sejak semalam.

“Semalam, saya menerusi peguam menyerahkan satu ‘letter of demand’ atau surat tuntutan kepada individu sama.

“Jadi, sekarang sudah ada dua LOD, satu menbabitkan isu fitnah dan kedua pecah amanah,” jelasnya kepada Harian Metro.

Sebelum ini, pelakon tersebut telah memfailkan saman dan tuntutan bernilai RM1 juta terhadap Nazatu Nazira.

Perkara ini muncul selepas Nazatul didakwa menuduhnya menipu dalam urusan perniagaan dan perlu menanggung padahnya.

Selain itu, Puteri Sarah juga menuntut wanita itu untuk menarik semula kenyataan fitnah yang dilontarkan kepadanya dan melakukan permohonan maaf secara terbuka.

Lagi, wanita itu turut dikenakan perintah injuksi untuk menghalangnya daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan isu ini.

Artikel Berkaitan: “Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Buruk Padahnya”- Puteri Sarah

Artikel Berkaitan: “Nak Hina Dan Memfitnah Sertakan Bukti, Jangan Jadi Tin Kosong!” – Puteri Sarah Bengang, Nekad Fail Saman

Artikel Berkaitan: “Drama Lain I Tak Nak Tahu, Nak Kutuk Belakang Pun I Don’t Care!” – Puteri Sarah Minta ‘Penipu’ Pulangkan RM26,000

Artikel Berkaitan: RM26,000 Lesap! Puteri Sarah Ditipu Pegawai Pemasaran… Minta Individu Segera Pulangkan Wang Sebelum Lapor Polis – “Kerja Tak Buat, Tapi Caj 45% Dari Untung!”

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari