Selebriti By: Atiqah Johari November 3, 2023 @ 5:00pm

Selar Tindakan Selebriti Kritik Strategi Perang, Shaheizy Sam Turut Usaha Boikot Produk Zionis – “Saya Ada Link Syarikat Yang Beri Dana”

Sebelum ini, tular di media sosial apabila ada selebriti popular mempertikaikan strategi pejuang Hamas menerusi media sosialnya mendapat perhatian ramai.

Susulan itu, pelakon Shaheizy Sam tampil menyelar tindakan selebriti itu dan meminta individu itu untuk tidak memberi ulasan mengenai konflik peperangan antaran Palestin dan Israel.

“Tindakan kau nak tunjuk kau ambil tahu dengan apa yang terjadi adalah okay. Tapi, kadang-kadang sebelum kita cakap tu kita kena ingat baliklah. Kalau kau tak tahu apa yang terjadi dekat sana, kau tak payah bercakap sebab kau tak ada di sana (Palestin).

“Adakah betul Hamas yang buat? Adakah betul itu satu propaganda? Kita tak tahu jadi lebih baik diamkan diri jika anda tidak berada di sana dengan mereka.

“Jadi, bagi saya tak payah fikir Sejarah, tak payah fikir apa kalau kau rasa kau orang Islam. Kau ingat kau punya saudara mara seagama je. Sokong mereka!” luah Sam.

Dalam pada itu, pelakon hebat ini turut mengakui berusaha untuk memboikot produk yang menyalurkan dana kepada tentera Zionis dan mengajak orang ramai untuk bersama bertindak dengannya.

“Saya sendiri berusaha untuk boikot barangan yang ada di dalam Malaysia ni yang menyalurkan sumbangan kepada tentera Zionis secara langsung atau tidak.

“Ada syarikat yang tidak mengeluarkan sumbangan kepada mereka (israel) tetapi dia mengeluarkan royalti kepada ibu syarikat jenama itu. Kemana duit itu pergi kita tidak tahu tapi kalau kita dengar duit itu pergi untuk melakukan kebinasaan saya akan berhenti.

“Saya memang sedaya upaya, saya ada pautan semua syarikat yang menyalurkan dana kepada Zionis dan saya akan sentiasa kongsikan kepada pengikut saya di media sosial.

“Kita selalu terlepas pandang. Kita rasa macam benda ini tak penting bila negara lain tak buat tapi kita buat (boikot). Jangan fikir macam tu, jangan fikir tentang negara lain. Fikir tentang hati kau, fitrah kau sendiri. Better buat daripada tak buat langsung,” katanya ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem La Luna di Dadi Cinema Pavilion Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: Pertikai Strategi Perang Tentera Hamas, Sharnaaz Ahmad Bidas Azhar Sulaiman – “Kita Belum Tentu Mati Semulia Depa”

Artikel Berkaitan: Kongsi Gambar Leona Di Masjid Al-Aqsa, Kenyataan Azhar Sulaiman Timbul Tanda Tanya Netizen? – “Jejak Kaki Tak Semestinya Memahami”

Artikel Berkaitan: “Dah Main Kasar Ni!” – Tegur Sharnaaz Ahmad, Azhar Sulaiman Pertahan Netizen sokong Isu Pejuang Palestin-Israel

Artikel Berkaitan: Tampil Mohon Maaf Guna Bahasa ‘Kasar’, Sharnaaz Ahmad Nafi Berbalah Dengan Azhar Sulaiman – “Tak Nak Nampak Kurang Ajar”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 21 Dec 2019
Hiburan Tue, 18 Dec 2018
Trending Mon, 30 Sep 2019

Impian Anak Jati Pahang ke Sukan SEA Menjadi Kenyataan

Dari Kampung Cherating ke Manila, Filipina…!

Trending Thu, 4 Oct 2018

TERKINI! Mayat Remaja Lemas AKHIRNYA Ditemui

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Perdana itu dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam sebuah lombong di Taman Putra Perdana.

Featured Wed, 4 Jan 2023

[VIDEO] “Kaya Nombor 2” – Fatin Afeefa Nafi Kahwin Aliff Awang Sebab Harta, Akui Tertarik Dengan Ketampanan

Sama cantik, sama padan! She tak pandang kekayaan.. She kan wanita berkerjaya 🤩🤩 Never settle for less orang kata 🤣

Hiburan Fri, 21 Jun 2024
Featured Tue, 12 Apr 2022

Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton Dan George Russell Di Malaysia!

Lewis Hamilton dan George Russell di Malaysia!

Hiburan Thu, 13 Jun 2019

“Saya Katakan Kepada Afdlin, Itulah Amalan Ahli Syurga” Pemergian Jefri Adzman Di Kagumi Ustaz Ini

Semoga dengan perkongsian Ustaz Syed Abdul Kadir ini sedikit sebanyak dapat dijadikan iktibar buat kita semua!

Kes Mahkamah Mon, 18 Mar 2024

Rindukan Anak, Isteri Dakwa Safee Sali Bawa Keluar Dua Anak Sejak Februari

Fitria menyatakan dia hanya mengetahui keadaan anaknya menerusi sepucuk surat yang ditinggalkan dalam kereta bekas pemain bola tersebut pada 28 Februari lalu – Isteri Safee Sali