Categories: SelebritiTrending

Dituduh ‘Main’ Dengan Suami Orang, Individu Wanita Mohon Maaf Pada Shakilla Khoriri – “I Sedih… Kenapa Buat Macam Ni?”

Selepas menuduh pelakon Shakilla Khoriri ‘main’ dengan suami orang, individu wanita yang dikenali sebagai alnur_jannah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Artikel Berkaitan: Dituduh ‘Main’ Dengan Suami Orang, Shakilla Khoriri Dedah Wajah Individu Wanita & Ajak Bersemuka – “Nak Dengar Juga Cerita Saya Yang Awak Lagi Tahu”

Menerusi video permohonan maaf itu, dia menyatakan bahawa komen yang ditinggalkan adalah berdasarkan kenyataan Shakilla yang tular di media sosial dahulu.

Dalam pada itu, Shakilla memuat naik foto individu wanita itu di Instagramnya dan meninggalkan nasihat.

“Sorry but again i terpaksa buat macam ni lagi. Why eh? Whyyyyyyyy???? Please. Hati-hatilah nak menulis.

“Nak mengumpat ke nak mengutuk terpulanglah asal dibelakang orang tu. Tu dosa kalian.

“Jangan sampai menulis dan jatuh fitnah pada seseorang. I tengok dia ni ada suami dan anak. I jadi sedih. Kenapa buat macam ni… ☹️ semoga jadi pengajaran. Sorry,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Terdahulu, Shakilla didakwa menjalinkan hubungan dengan seorang individu yang juga berstatus suami orang heboh diperkatakan di media sosial.

Namun begitu, dia telah tampil menjelaskan perkara sebenar.

Untuk rekod, Shakilla pernah berkahwin dengan Fizi Ali pada 18 Februari 2018 namun bercerai selepas tiga tahun.

Mereka juga dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Nurul Ameena Sofia.

Atiqah Johari