Selebriti By: Atiqah Johari February 14, 2024 @ 5:53pm

Status Diri Dianggap Mudah Didekati, Elly Ariffin Dedah Kerap Dapat Komen Lucah – “Ada Yang Luah Berimaginasi Dengan Saya”

Pelakon dan pengacara, Elly Ariffin mendedahkan bahawa dia sering mendapat kiriman mesej dan komen berbaur lucah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Susulan itu, memetik laporan Harian Metro, Elly meminta untuk menghormati dan tidak menjadikan wanita sebagai tempat melampiaskan nafsu semata.

“Bukan saja kerana status saya, namun sejak dulu lagi saya sudah menerima komen berbaur lucah. Mentaliti ini harus diubah kerana kaum wanita bukanlah objek pelepas nafsu semata-mata.

“Banyak komen lucah diterima setiap kali saya berkongsi gambar walaupun foto itu biasa-biasa saja. Tidak faham bagaimana mereka boleh terfikir perkara lucah sedangkan perkongsian tidak menjurus ke arah itu sama sekali,” ujarnya.

Lebih parah, Elly turut mendedahkan dia pernah menerima foto kemaluan dan ada individu yang berimaginasi melakukan hubungan dengannya.

“Bukan itu saja, ada juga yang berani hantar gambar alat sulit sehingga ada meluahkan imaginasi melakukan hubungan terlarang dengan saya,” dedahnya lagi.

Dalam pada itu, Elly menyatakan statusnya sebagai janda tidak sepatutnya dilihat seperti wanita yang mudah untuk didekati.

“Jangan hanya kerana saya pernah berkahwin, saya dilihat mudah dan senang atau sebagainya. Buat masa ini saya hanya ingin meletakkan fokus terhadap kerjaya seni, keluarga dan juga diri sendiri saja.

“Malah, tidak wajar untuk mencari pengganti dan berkahwin hanya kerana ingin mengelakkan diri daripada menerima mesej lucah. Saya pernah berkahwin, jadi tidak mahu kecundang lagi dan mencari yang benar-benar serasi,” katanya kepada wartawan Harian Metro.

Artikel Berkaitan: Buat Trend ‘Did We Make It?’ Dengan Bekas Suami, Elly Ariffin Gembira Jiggy Temui Pengganti Lebih Baik

Artikel Berkaitan: Elly Ariffin Ucap Tahniah Kepada Bekas Suami & Dhabitah, Titip Pesan Dalam Perkahwinan – “Kunci Rumah Tangga Adalah…”

Artikel Berkaitan: “Tidaklah Semua Bekas Isteri Itu Teruk Sangat” – Elly Arifin Terkilan Dituduh Tumpang Populariti Jiggy & Dhabitah Gara-Gara…

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 20 Feb 2024
Featured Thu, 17 Mar 2022

Muat Naik Hantaran Tak Sempat Bercinta, Sherry Alhadad Buka Peluang Jejaka Luar Untuk Berkenalan!

Sherry ni dah la cantik, kelakar juga tu.. Apa lagi jejaka sekalian, silalah perkenalkan diri korang! Hihi

Trending Wed, 12 May 2021

Isu Ain Husniza: Guru SMK Puncak Alam Ditempatkan di JPN Selangor Sehingga….

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengeluarkan kenyataan mengenai isu seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA), Selangor yang didakwa mengeluarkan kata-kata tidak wajar semasa melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) kepada seorang murid. Menerusi kenyataan […]

Trending Thu, 27 May 2021
Trending Thu, 25 Aug 2022

“Seriuslah Dia Pakai Macam Tu?” – Swimsuit Leona Jadi Bualan Netizen

Sering menjadi perhatian warganet dek kerana penampilannya yang seksi, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona sekali lagi menimbulkan rasa kurang senang netizen. Minggu lalu, media melaporkan bahawa bapanya mengakui sudah ‘jenuh’ menasihati […]

Hiburan Wed, 27 Mar 2019

Aina Abdul Kongsi Pengalaman Depresi Dalam ‘Sumpah’

Aina percaya rezeki akan datang kepada sesiapa yang tidak berhenti berusaha!

Hiburan Tue, 9 Oct 2018