Categories: SelebritiTrending

Susulan Muat Naik Foto & Video Mesra, Ahirine Ahiruddin Bidas ‘Statement’ Aedy Ashraf? – “Awak Nak Tahu Makna Kontroversi Sebenar?”

Sebelum ini, pelakon Ahirine Ahiruddin memuat naik foto dan video mesra bersama pelakon Aedy Ashraf menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet.

Susulan itu, Aedy Ashraf tampil membuat kenyataan bagi memperjelaskan mengenai foto tersebut.

Malah, dia menyatakan dia tidak memberi sebarang persetujuan tentang foto dan video tersebut dikongsi pada semua platform media sosial.

Artikel Berkaitan: Nama Terpalit Dalam Puisi Curang & Foto Kontroversi, Aedy Ashraf Tampil Beri Kenyataan

Namun begitu, selepas Aedy mengeluarkan kenyataan itu, Ahirine dilihat seakan membidas kenyataan Aedy menerusi hantaran di InstaStorynya.

“Do you really wanna know what true controversy means?” tulisnya.

Tambah, pada hantaran lain, Ahirine juga dilihat berkongsi ciapannya di aplikasi X dengan menyatakan dirinya seorang yang profesional.

“Consider yourself lucky that i was professional all the way through,” ciapnya.

Walaubagaimanapun, berdasarkan pemerhatian XTRA, Ahirine telah memadam salah satu hantaran yang dimuat naik olehnya.

Untuk makluman, Ahirine dan Aedy merupakan pelakon utama bagi filem terbaharu mereka yang berjudul Tebus.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ahirine Ahirudin Dedah Detik Cemas Diganggu Stalker Selama 3 Tahun, Rupanya Kawan Sendiri ‘Miang’ – “Dia Tahu Rumah Saya, Hampir Buat Laporan Polis Sebab…”

Atiqah Johari