Selepas 12 Tahun Menyulam Cinta, Isyana Sarasvati Nikahi Doktor

Masih ingatkah lagi anda dengan penyanyi bersuara soprano yang memakai gaun kebaya hitam batik jawa, yang memukau penonton Anugerah Bintang Popular 29  dengan lantunan suaranya yang lunak sambil bermain piano menyanyikan lagu “Tetap Dalam Jiwa”? Gadis cantik yang dikagumi kerana kecekapannya mengendalikan alat muzik serta range suara soprano yang besar, itulah Isyana Sarasvati.

Memilih 02022020 sebagai tarikh pernikahan, Isyana telah selamat bernikah dengan tunangnya, Rayhan Maditra di The Trans Luxury Hotel Bandung. Isyana dinikahkan oleh bapanya sendiri dan disaksikan oleh keluarga terdekat. Majlis pernikahan tersebut dilakukan mengikut adat istiadat Jawa di mana sehari sebelumnya telah berlangsung upacara siraman yang turut dihadiri oleh hanya keluarga terdekat dan teman-teman rapat Isyana sendiri.

Baca: Diam-Diam, Isyana Sarasvati Rupanya Sudah Bertunang…

Khabarnya, kedua-dua mempelai ini telah pun menjalinkan cinta sejak di bangku sekolah menengah lagi. Selepas 12 tahun barulah Rayhan memberanikan diri untuk melamar Isyana. Malah, Isyana pernah memuat naik sekeping foto lamanya pada Disember tahun lepas dan menceritakan mengenai bagaimana bermulanya kisah percintaan mereka.

Foto Isyana yang memakai baju pernikahan telah dimuat naik oleh pereka fesyen batik terkemuka Indonesia, IKAT INDONESIA BY DIDIET MAULANA iaitu Didiet Maulana sendiri. Didiet memberikan nama kebaya itu sebagai “Kebaya Romansa Isyana”. Didiet sememangnya seorang pereka fesyen antarabangsa yang bukan calang-calang kerana pernah mereka cipta tas tangan wanita untuk dijadikan saguhati di majlis Anugerah Grammy 2016 di Amerika Syarikat.

Didiet juga telah memuat naik foto mereka berdua dengan kapsyen, “Wefie with the bride! @isyanasarasvati”

Baca: ISYANA SARASVATI DENGAN PARADOXNYA

Khabarnya, setelah menikahi Rayhan yang juga seorang doktor, Isyana tetap akan meneruskan karirnya di dalam bidang seni.

Kami di XTRA turut mengucapkan tahniah kepada kedua pengantin. Semoga bahagia hingga ke anak cucu.

Rindukan Isyana? Jom tonton kembali persembahan beliau di pentas ABP29..

Kredit Instagram The BridestoryDidiet Maulana dan Isyana Sarasvati

SGMS Putri