Rebecca Nur Islam Meraung Di Lapangan Terbang?

Rebecca Nur Islam yang sering menggelar dirinya sebagai Mummy Becca telah memuat naik sebuah entri meraung di lapangan terbang. Kenapa pula Mummy Becca dan anak-anaknya meraung?

Rupa-rupanya adegan ‘meraung ‘ tersebut adalah kerana Mummy Becca sekeluarga menghantar salah seorang pembantu rumahnya, warga Filipina iaitu Maryam @ Allen Mae Delgado yang pulang ke Filipina.

Ternyata ketiga-tiga entrinya mengundang rasa terharu para netizen yang menyifatkan Rebecca sebagai seorang yang penyayang malah Sharifah Shahira juga terlihat memberi komen berkongsi memngenai pengalaman sedih  beliau menghantar pembantu rumahnya ulang ke kampung halaman.

“Ninkerja kami laa antar maid yg ok kat airpot meraung…samalaaaa… ” – shieraijoy

Baca: Rebecca Ralat Dengan Pembantu Rumah

Rebecca Nur Islam adalah di antara beberapa artis yang sering memuat naik entri mengenai aktiviti beliau bersama keluarganya yang sering membawa pembantu rumah ke mana-mana. Eina Azman dan Datin Zizie Ezette juga termasuk antara artis yang sering memperlihatkan aktiviti mereka bersama para pembantu mereka.

Semoga Mummy Becca tabah dan mendapat pembantu sebaik Mariam sebagai pengganti.

 

Kredit sumber: Instagram Rebecca Nur Islam

SGMS Putri