Selepas Azhan Rani, Kini Pengacara Popular Pula Tampil Sekolahkan Netizen ‘Biadap’

Susulan kes pelakon Azhan Rani menegur netizen yang dianggap kurang adab kerana menghantar mesej peribadi dengan perkataan berunsur provokasi, kali ini pengacara popular, Fedtri Yahya pula mendedahkan turut menerima mesej yang sama daripada individu berkenaan.

Pengacara dan penulis lirik yang sudah tidak asing lagi dalam industri ini menjelaskan, OKU bukanlah alasan untuk jadi manusia yang tidak bertamadun.

Menurutnya, ramai sahaja golongan OKU berakhlak mulia dan beriman.

 

Beliau juga dilihat memuat naik screen shot mesej peribadi yang sama seperti yang diterima pelakon Azhan Rani  daripada individu berkenaan.
Dan, kalau menjenguk diruangan komen beliau, beberapa artis dilihat meninggalkan komen dan mengakui menerima nasib yang sama.

Sumber : Instagram @fedtriyahya


Salma Syahbuddin