Hiburan By: Salma Syahbuddin March 28, 2018 @ 3:16am

Selepas Dilanda Kontroversi, Sufian Suhaimi Terima Tawaran Berganda?

Selepas dirinya dilanda pelbagai kontroversi, penyanyi yang popular dengan lagu Di Matamu ini bagaimana pun dilihat semakin murah rezeki apabila lagu barunya itu telah mendapat lebih dua juta tontonan dilaman Youtube sahaja. Dan, sekali lagi beliau memberitahu bahawa, dirinya itu telah mendapat beberapa tawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu doktor falsafah (PhD).

“Alhamdulillah ada beberapa universiti menawarkan saya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD walaupun saya baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat ijazah Sarjana. Ada beberapa tawaran menarik diberikan termasuk biasiswa penuh dalam bidang komunikasi dan pengurusan. Saya juga menganggap ini sebagai rezeki kerana bukan mudah untuk mendapatkan tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat ini.” Katanya

Tambahnya lagi, beberapa universiti awam dan swasta menawarkannya untuk melanjutkan pengajian sejurus beliau menyelesaikan Ijazah Sarjana nya dalam bidang Komunikasi Massa di UiTM Shah Alam pada Februari lalu. Namun, memandangkan jadualnya itu kini padat dengan pelbagai aktiviti seni maka, beliau terpaksa melupakan hasratnya itu terlebih dahulu. 

“PhD bukannya mudah dan saya perlu betul-betul memberi komitmen kepada pelajaran sekiranya saya terima tawaran diberikan. Namun, berat hati juga melepaskan peluang yang telah diberikan tetapi saya telah mengambil keputusan untuk memberi fokus kepada karier nyanyian terlebih dahulu. Tambahan pula, sekarang banyak perancangan yang telah disususn dan jadual sangat padat buat masa sekarang.”Jelasnya

Menurut Sufian, dia akan tetap menyambung pengajiannya itu apabila tiba masa yang sesuai. Untuk pengetahuan semua, Sufian juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan Komunikasi dari Universiti Sultan Zainal Abiddin (UniSZA).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#SkoolXTRA Tue, 16 May 2023
Events Wed, 20 Nov 2019

OST Ejen Ali The Movie Bukan CIPLAK!

sesuailah dengan hashtag #KitaJagaKita

Selebriti Tue, 6 Jun 2023
Hiburan Fri, 22 Mar 2024
Trending Hari Ini Fri, 29 May 2020
Hiburan Fri, 11 Oct 2019

Twice Opens Up About the Reality of Idol Life and Mental Health

Sometimes people forget that despite the perfect image fabricated by these idols on screen, they are at the end of the day still a person.